Total Pageviews

Thursday, July 14, 2011

Tips untuk kepala otak supaya mudah mengingat.

Health food for mindPetua yang bakal dikongsi ni boleh dikatakan kesinambungan dari Petua Imam Syafie yang ada menyentuh sedikit mengenai makanan untuk menajamkan fikiran. Sebagai orang yang bekerja atau pelajar sekali pun, minda yang tajam adalah senjata penting untuk mengharungi hari-hari mendatang, oleh itu sangat penting untuk menjaga makanan, aktiviti atau perlakuan kita yang boleh memberi impak kepada otak.
Tak suka betul bila benda kecil pun boleh lupa, padahal baru kejap buat. Itu adalah situasi yang mungkin berlaku kat kita. Baru jumpa kawan baru, tapi nama tak ingat dan sebagainya. Semua tu adalah disebabkan kita tidak menjaga kepala otak kita.
Tips ni adalah dari http://blog.mohdisa.com/kekerapan-mengemaskini-artikel-membantu-seo.html, silalah berkunjung jika nak ilmu lebih.

Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan

  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam

Perkara Yang Perlu Diamalkan Untuk Tidak Lupa Ingatan

  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
  • Selalu makan makanan yang panas-panas
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam-ulam
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selau menggunakan imajenasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan atau pantai yang mempunyai pokok kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00 malam
Haha..banyaknye nak kena buat untuk jaga kepala otak nih..Kira macam nak jaga kereta juga, banyak benda nak kena rumah. Kalau kita nak jaga badan pun sama jugak, banyak tip-tip penjagaan badan kita buat untuk memiliki badan yang cantek..
Kesimpulanya, thanks kepada blog.mohdisa.com sebab kongsi tip ni. Yang penting kita sama-sama jaga kepala otak nih..
p/s: kepala otak selalu digunakan untuk orang yang buat sesuatu tak menggunakan otak, tapi dalam entri ni tak membawa maksud memaki atau menyindir ye..

No comments:

Post a Comment