Kumpulan Sheila On 7
Sesiapa yang mendapat hidayah Allah SWT selepas tergelincir dilandasan yang benar adalah sangat beruntung kerana dapat berpatah balik kembali ke jalanNya sebelum terlambat. Mungkin kita yang senantiasa beribadah masih dipeliharaNya. Sentiasa mengingatiNya. Sentiasa memohon keampunanNya. Tetapi ada sesetengah artis atau orang biasa yang melampaui mendedahkan aurat sana sini dan ada juga yang melampaui batas sebagai seorang Islam dan masih mempertahankan perbuatan dan tingkah lakunya yang mungkar walaupun ditegur oleh pelbagai pihak.
Jangan sampai sakaratul maut datang menjemput dan tidak berguna lagi pada masa itu seluruh hidup kamu. Nyawa kita ibarat sebiji telur yang rapuh. Bila-bila masa sahaja kita akan dijemput kesana tanpa sebarang persediaan dan bekalan. Nauzubillah!! Bacalah kisah seorang artis top dari Indonesia, Sheila On 7 yang kembali kejalan yang benar. Semuga kita mengambil iktibar dari kisahnya.
Nama: Sakti Ari Seno@ Sakti, 28.
Transisi: Bekas pemain gitar Sheila On 7 (SO7) ini mula mengubah ‘kiblat’nya sejak dua tahun lalu. Kini: Pendakwah bebas serta pemilik kedai dobi dan kedai mini bernama Smart.
DIKENALI sebagai pemain gitar kedua grup terkenal Indonesia, Sheila On 7 (SO7), Sakti yang duduk di hadapan kami, berkata, hari ini cukup berbeza dengan apa yang pernah dilihat sepanjang pembabitannya dalam industri lebih enam tahun lalu.
Dalam pertemuan eksklusif yang diatur teman di kediaman Eross di Yogyakarta, Indonesia itu, kelihatan mukanya dijalari janggut, menyarung baju dan seluar khakis polos.
Bicaranya teratur. Sakti membuka lembaran sejarah hidupnya dari zaman jahiliah kepada seorang yang cukup patuh terhadap Islam.
“Saya takut mati dan api neraka itu maha dahsyat,”
luah Sakti serius. Perasaan takut mati itu terdetik selepas dia terpandang sebuah buku dengan judul Menjemput Sakaratul Maut Bersama Rasulullah di dalam sebuah kedai buku di Lapangan Terbang Yogyakarta sewaktu mahu ke Malaysia menghadiri majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) dua tahun lalu.
“Saya masuk ke sebuah kedai buku, ternampak buku ini dan fikiran saya berputar tentang senario kapal terbang yang kerap terhempas. “Saya bayangkan kalau kapal terbang saya terhempas dan saya mati, apa bekalan yang saya ada? Saya tiada apa-apa.
Tapi saya percaya mati tetap akan datang kepada saya pada bila-bila masa,” ceritanya yang kemudian membeli dan habis membaca buku tersebut sepanjang kembara ke Malaysia.
Kembali ke Indonesia, dia terus dibelenggu perasaan takut mati selepas menjaga ibunya yang sakit di hospital selain membaca sebuah tabloid yang menyiar isu kematian. Insiden yang berturut ini, kata Sakti, sebagai satu petunjuk agar dirinya berubah.
Dilepaskannya status pemain gitar SO7 saat grup ini sedang berada di kemuncak. “Saya tekad membuat keputusan dan tidak berasa rugi melepaskan status artis pada zaman kegemilangan kami kerana saya sendiri sudah tidak boleh memberi fokus pada hiburan.
“Adakah saya menyesal melepaskan kemewahan dunia?
Tidak sama sekali kerana saya lebih rela menyesal dan melepaskan semua di dunia sebelum saya dijemput ‘pulang’.
“Saya tidak mahu menyesal di akhirat kelak dan tidak terbayang panas api di sana,”
kata Sakti yang turut mengaku kerap menangis mengenang dosa silam.
Usai rasmi keluar dari SO7, anak kedua daripada tiga beradik ini berangkat ke Pakistan (menuntut di sebuah masjid di Rewin) dalam usahanya mendasari semula asas seorang Islam sejati selama dua bulan sebelum kembali ke Indonesia dan menimba ilmu daripada para ulama di negara sendiri.
“Di Pakistan saya diajar menyayangi agama Islam sebagai sebuah agama yang indah.” Lantas sewaktu disuakan hal tentang zaman jahiliahnya dahulu, Sakti tersenyum dan berkata:
“Dulu saya pemabuk,”
katanya tanpa selindung dan menambah:
“Saya mula minum alkohol sejak zaman sekolah, bukan semasa jadi artis. Saya hanya berhenti minum pada usia 26 tahun sewaktu mahu beralih menjadi umat Islam yang sebenar.”
Tambah Sakti, solat lima waktu juga selalu rompong, jauh sekali solat Jumaat yang akuinya paling jarang dilakukan. Sebaik mendapat hidayah dan memahami disiplin kehidupan yang telah ditentukan Tuhan, dia cukup takut untuk meninggalkan solat. Apa lagi saat mengenangkan kalau tiba-tiba dirinya dijemput ‘pergi’ tanpa sempat ‘bermanja’ dengan Tuhan.
Tanpa kemewahan, kata suami kepada Miftahul Jannah, 23, dia menjalani kehidupan kini serba sederhana sambil mengusahakan sebuah kedai dobi dan kedai mini sejak tiga bulan lalu di kampung halamannya. Ditanya tidakkah rindu untuk memeluk keenakan hiburan, pantas dia menggeleng. Namun dia masih menyentuh gitar. “Tapi bukan untuk dipertontonkan seperti dulu. Saya juga masih mendengar muzik, tapi lebih senang kepada nasyid atau memuji Islam seperti karya-karya Yusuf Islam. Muzik rock sudah jarang,” ujarnya yang tidak pernah menganggap hiburan sebagai perosak jiwa, tetapi ia menjadi rosak dengan penerimaan yang salah. Sedang menghitung waktu untuk menggarap album berbentuk Islamik bersama seorang teman, Sakti saat diminta menyimpulkan kehidupannya kini memberitahu: “Nikmat punya agama seindah Islam memberi efek luar biasa dalam hati saya.
“Apa yang saya bimbangkan kini jika Tuhan menterbalikkan hati saya seperti dahulu. Nauzubillah, kerana saya mahu terus berada dalam hidayahnya sehingga saya mati.”
Wasallam.
Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/
UFS mining shelters include the Rapid-Span,
ReplyDeleteSupa-Span, and Alu-Span range of products, these structures are
all easily disassembled and cartable making them excellent for interim facilities with resale options.
Some mining firms lost 30 per cent of their share values in the
early August stock market meltdown. A large number of workers, particularly in the professional occupations, will become eligible for retirement in the coming years, and
some companies may have trouble coping with the loss of many experienced workers to retirement
at a time when the industry is expanding production on dryer machine and ball mill machines.
The Crust: On the box they use the words "upper" crust so lets talk about that first.
ReplyDeleteInternational chains such as Mc - Donalds, Dominos, Pizza Hut,
Pizza Express, Wimpy and TGIF have a good strong chain all over Gurgaon.
Apart in the course of the frequency of fasting, there is 1 important distinction among the approaches.
My page - check this out
Everyone who is into style depends on a great stylist to look good and help with hair issues and problems.
ReplyDeleteRight away register your GHD curly hair straightener concerning the
GHD webpage so that you just can enact the 2-year ensure as well as
to look at to make certainyours is genuine.
Soon after this, use curl lotion all more than your hair,
and make use of mousse and squeeze this in your hair to that your curls seem flawless.
Also visit my weblog :: hair products
It is said that the celebrations will greatly add to Egypt flights from other
ReplyDeleteAfrican countries as well as western countries with dense
Christian population. "This earth is a symbol of his journey through life even after his physical death. Professional newspaper reporter must be acquainted with all aspects of human activities. Simply put on heavy eyeliner on your eyes and make sure that they extend beyond the edge of your eyes and let the line go upward. This is standard cat behavior I'm probably preaching to the choir here.
My webpage; egyptian newspapers