Kebosanan- Apabila anda mula berasa bosan, anda pasti tidak mengambil berat terhadap pasangan anda. Semua aspek yang menarik pada dirinya akan dilupakan. Yang hanya menjadi fokus adalah keburukan pasangan anda sahaja. Anda seharusnya berjuang untuk mengembalikan kegembiraan dalam perhubungan, lebih memikirkan kenapa anda memilihnya dahulu berbanding memikirkan keburukannya. Ini akan dapat mengelakkan daripada merasa kebosanan.
Bekas kekasih- Sekiranya anda pernah bercinta sebelum berjumpa pasangan yang sekarang, anda harus lebih berhati-hati. Ini kerana peratus pasangan berpisah amat tinggi disebabkan oleh bekas pasangan kekasih. Sebelum menerima seseorang yang baru, pastikan anda sudah melupakan kenangan silam. Jangan membiarkan kenangan silam untuk mempengaruhi anda. Kerana ia hanya akan memburukkan hubungan anda pada masa hadapan.
Campurtangan orang luar- Di dalam hubungan ia sepatutnya tidak perlu melibatkan orang luar. Ia seharusnya di antara pasangan sahaja. Terutama yang melibatkan perancangan untuk pasangan. Sebagai contoh, jangan sesekali mendengar arahan daripada ibu atau ibu mertua untuk membuat keputusan di dalam permasalahan antara pasangan. Sekiranya hanya untuk mendapatkan pendapat ianya bagus, tetapi jika keputusan dibuat atas dasar arahan yang diterima, ia akan menjejaskan sesuatu perhubungan.
Masalah kewangan- Ada sesetengah pasangan menyatakan ia tidaklah terlalu penting jika nak dibandingkan dengan kebahagiaan yang mereka rasa. Berkemungkinan juga ia memberikan kebenaran. Tetapi peratus pasangan berpisah disebabkan kesempitan hidup juga amat tinggi. Seorang pasangan pasti akan mencuba yang terbaik untuk memberikan kesenangan kepada pasangannya. Jika kesempitan hidup disebabkan kemalasan mereka dan bukannya kerana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh, ia hanya menunjukkan keperibadian yang tidak bertanggungjawab.
Hubungan intim- Sekiranya pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim adalah amat penting. Ia bukanlah hanya untuk seks sahaja, tetapi ianya lebih daripada itu seperti ciuman, sentuhan, kata-kata romantik dan sebagainya yang dirasakan penting di dalam kehidupan berpasangan. Tanpa hubungan intim ini juga, ia akan menjadi punca terhadap permasalahan dalam perhubungan.
Realistik- Jangan sesekali membuatkan permintaan itu menjadi beban untuk pasangan. Biarlah ianya realistik dengan kemampuan masing-masing. Sekiranya sesuatu permintaan itu menjadi beban, ia secara tidak langsung akan memberikan tekanan. Tekanan yang terpendam inilah sekiranya ia diluahkan akan menjadi satu masalah besar dalam perhubungan. Pasangan harus bijak untuk memberi keutamaan antara keinginan dan keperluan berdasarkan kemampuan pasangan.
Anak- Ada sesetangah pasangan bersetuju bahawa anak lebih memberikan kebahagian di dalam kehidupan mereka. Tetapi ada juga yang tidak setuju dan menyatakan anak menjadi masalah di dalam perhubungan mereka. Ini adalah kerana fokus sudah teralih arah. Masalah ini seharusnya bijak untuk diselesaikan terutama ketua keluarga. Atasinya dengan cepat supaya ia tidak menjadi masalah yang besar di dalam perhubungan. Perbincangan merupakan jalan terbaik.
kredit : http://www.top5reason.com
No comments:
Post a Comment