Gamat sangat popular di kalangan masyarakat melayu dengan kesan penyembuhan luka dan ia adalah merupakan antara famili timun laut. Terdapat lebih 2000 spesis timun laut di dunia, dan 49 spesis di kenalpasti di perairan Malaysia manakala 9 spesis dikenali sebagai gamat (genus Stichopus). Menariknya Gamat emas telah dikenalpasti daripada Stichopus sp. berdasarkan warnanya yang seakan-akan emas dan juga daripada nilai terapeutik dan komersialnya yang sangat luas. |
Gamat adalah sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang). Ia berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian hadapan dan belakang. Haiwan ini makan secara “filter feeders” iaitu makan secara menyapu makanan dalam air atau sedimen menggunakan tentakel ke dalam mulut. Timun laut dan gamat membiak sama ada secara seksual ataupun aseksual iaitu pembelahan badan (fission) dan autotomi iaitu dengan menyerpih kulit badannya. Umumnya tempoh hayat sesetengah spesies timun laut boleh mencapai sehingga 10 tahun.
Gamat diketahui dengan pergerakannya yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisma pertahanan tubuh yang efisyen untuk melindungi dirinya daripada haiwan pemangsa dan juga gangguan luaran. Selain dengan kaedah penyamaran (Gamat Emas menukarkan warna tubuh dari kelabu keemasan kepada warna kelabu), Gamat membebaskan organ dalamannya (autoevisceration) apabila keadaan darurat. Menariknya, proses ini tidak memberi mudarat kepada haiwan ini malah proses regenerasi semula organ dalamannya hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.Gamat telah digunakan sebagai perawatan tradisional sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh nenek moyang kita sebagai minuman tonik untuk membantu memulihkan sistem peranakan selepas bersalin, penyembuhan luka dalaman dan pembedahan, sakit sendi, radang paru-paru dan juga berkesan untuk memanaskan badan dan memberi tenaga. Minyak gamat juga sering digunakan untuk membantu menyembuhkan luka luaran turut diaplikasi sebagai minyak urut.
Analisa ke atas gamat mendapati ianya tinggi dengan kandungan protein yang melebihi 44%, karbohidrat antara 3-5%, lemak kasar kurang daripada 2%. Gamat emas juga turut mengandungi asid amino perlu, kolagen, vitamin E semulajadi, serta mineral-mineral termasuklah kromium, ferum, mangan, nikel, kobalt dan zink. Selain itu, kajian keatas gamat mendapati ianya mengandungi asid lemak Omega-3 yang terdiri dari DHA dan EPA dimana diperlukan untuk membantu mencegah dan mengatasi masalah penyumbatan saluran darah dari kesan anti-trombotik yang dipamerkannya mampu mengurangkan risiko sakit jantung. Omega-3 juga dipercayai dapat membantu penyembuhan luka serta memperlahankan proses degenerasi sel sekaligus melambatkan proses penuaan pra-matang. Gamat yang mengandungi bahan bioaktif yang juga bertindak sebagai antioksidan mampu membantu mengurangkan kerosakan sel dan tisu tubuh dengan mengatasi radikal bebas yang terbentuk sama ada daripada kesan tindak balas biokimia tubuh kita sendiri mahupun dari agen luaran. Ekstrak gamat telah dikaji didapati mengandungi kandungan mukopolisakarida terutamanya Kondroitin sulfat yang bertanggungjawab dalam membina dan mengukuhkan kekuatan dan fleksibiliti sendi. Selain itu, Gamat sering dikaitkan dengan penyembuhan luka dan rawatan kulit, tambahan pula dengan kajian-kajian saintifik yang dilakukan ke atas gamat membuktikan kebenaran bahawa sesungguhnya gamat mengandungi kesan anti-bakteria dan anti-fungus. Malah kajian turut membuktikan gamat mempunyai kesan anti-nosiseptif (mengurangkan rasa sakit), anti-hipertensi, anti-diabetik, anti-histamin, anti gastrik dan anti-radang disamping anti-kanser tertentu.
Menyedari hakikat Gamat memiliki khasiat keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi akar ginseng, kami di GESB memformulasikan produk-produk Gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama eMAS khusus untuk anda!
No comments:
Post a Comment