Total Pageviews

Thursday, July 7, 2011

3 cara menghilangkan jerawat tanpa menggunakan produk kecantikan


Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Samaada menggunakan produk kecantikan atau menggunakan produk harian ianya terpulang kepada diri anda.Mungkin anda lebih arif mengenai pemilihan produk kecantikan yang bersesuaian dengan kulit muka. Tetapi adakah anda mengetahui ada juga produk harian yang biasa anda guna setiap hari boleh membantu untuk menghilangkan jerawat? t5 akan menyenaraikan cara menhilangkan jerawat tanpa menggunakan produk kecantikan.  Selamat mencuba.
Aspirin (ubat demam)- Walaubagaimana cantik pun kulit seseorang remaja itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Tips untuk anda mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawat, biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.
Ubat gigi- Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian bilas muka anda. Ini adalah kerana ubat gigi mampu mambantu untuk menghidrasikan(mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
Minyak zaitun- Cara ini adalah cara turun temurun yang diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Dan ramai juga telah bersetuju bahawa cara ini adalah berkesan. Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit, sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat, biarkan seketika, kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun  pencuci muka.

No comments:

Post a Comment