Persamaan- Pasti setiap pasangan merasakan mereka adalah pasangan yang sesuai kerana memiliki persamaan yang terlalu banyak. Tidak kiralah samaada persamaan itu terhadap cara hidup, perbelanjaan, pemikiran atau sebagainya. Tetapi menurut kajian daripada Sam R. Hamburg, Ph.D., penulis Will Our Love Last?, sekiranya terdapat banyak ketidaksamaan/kontra antara sesebuah pasangan itu adalah lebih baik kerana ia merupakan fitrah manusia yang saling melengkapi. Tetapi kajian ini tiada bukti yang kukuh dan ini hanyalah rumusan yang dibuat oleh beliau.
Kami- Seorang pasangan yang sesuai juga selalu menggunakan istilah “kami”. Istilah kami yang dimaksudkan adalah mengenai perkongsian masalah, kegembiraan, kesedihan dan sebagainya bersama pasangan. Sekiranya salah seorang daripada pasangan masih memikirkan mengenai kepentingan peribadi atau kehidupan secara individu, berkemungkinan mereka belum sesuai untuk hidup berpasangan. Tetapi mungkin tidak kesemua isu perlu diberitahu kepada pasangan. Sekiranya sesuatu isu itu akan menambahkan lagi masalah dalam perhubungan, eloklah dirahsiakan. Ianya bergantung terhadap pemikiran, perwatakan, sikap dan cara seseorang dalam mengendalikan masalah.
Masalah- Setiap pasangan pasti akan dilanda masalah. Mungkin akan menyebabkan mereka bergaduh dan sebagainya. Apa yang ingin disampaikan bukanlah mengenai masalah. Tetapi cara kepada penyelesaian masalah itu. Adakah sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu bersama pasangan. Masa untuk menyelesaikan sesuatu masalah tidak lah berapa penting kerana ianya bergantung terhadap keseriusan sesuatu masalah, cara mengendalikannya dan sebagainya. Tetapi sekiranya dirasakan terlalu sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana tiada kerjasama di antara kedua-dua belah pihak, mungkin mereka merupakan pasangan yang tidak sesuai.
Keluarga- Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa samaada keluarga suka atau tidak adalah tidak penting, asalkan mereka saling menyayangi. Ianya mungkin benar dan mungkin salah kerana tiada bukti kukuh menyatakan bahawa setiap pasangan yang di halang keluarga akan hidup tidak bahagia, atau setiap pasangan yang direstui akan hidup bahagia. Ianya bergantung kepada diri masing-masing. Tetapi apa yang penting adalah usaha untuk memikat hati keluarga masing-masing. Sekiranya hanya dibiarkan dan tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kepada keluarga bahawa mereka sudah betul-betul bersedia untuk menjadi pasangan, itu salah satu petunjuk bahawa mereka masih bersikap mementingkan diri sendiri/individu.
Perbincangan- Pasangan yang sesuai amat sukakan perbincangan. Ini adalah kerana ianya cara tebaik untuk mencapai sesuatu keputusan tanpa berat sebelah. Sesuatu keputusan yang berat sebelah akan menimbulkan pelbagai masalah dan ianya merupakan petunjuk awal bahawa seseorang itu tidak menghargai dalam kehidupan berpasangan. Tolak ansur juga amat diutamakan dalam perbincangan. Sekiranya hanya berbincang tetapi amat sukar untuk mendapat keputusan bersama, ia mungkin juga menunjukkan anda pasangan yang tidak bersesuaian. Cara komunikasi dalam perbincangan adalah amat penting dan ianya haruslah tidak untuk bersifat peribadi.
kredit : http://www.top5reason.com
No comments:
Post a Comment