Total Pageviews

Tuesday, July 19, 2011

Berikut adalah fakta-fakta mengenai tubuh badan manusia

piramid lebel1 Berikut adalah fakta fakta mengenai tubuh badan manusia
Fakta-fakta ini mungkin masih tidak diketahui oleh ramai orang:
1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000 Kilometer .
2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.
3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.
4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.
5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
7 . Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu
kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
9. Secara purata seseorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.
11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (sebab tuh kena sebut alhamdulillah, syukur sebab tak berfungsi terus…. bukan sebut pardon me or excuse me..)
12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.
14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.
15. Apabila anda mengecam muka seseorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.
16 . Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.
17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.
18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini
bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.
kredit : https://muhdhazrie.wordpress.com

No comments:

Post a Comment