Total Pageviews

Sunday, June 5, 2011

Faktor yang menyebabkan seseorang menipu...


Kurang mendapat perhatian-  Seseorang yang kurang mendapat perhatian lebih cenderung untuk menipu. Ini adalah kerana dengan cara menipu adalah cara termudah untuk seseorang mengekspresikan diri mereka. Mereka akan merasa dihargai kerana mendapat perhatian daripada ramai dan ini berkemungkinan akan menyebabkan mereka akan terus menipu.
Dendam- Sekiranya anda pernah menipu pasangan anda sebelum ini, anda jangan menyalahkan pasangan anda jika mereka menipu anda pada masa sekarang. Ini adalah berkemungkinan mereka menyimpan dendam terhadap anda yang pernah menipu mereka.  Mereka mungkin ingin anda merasai bagaimana rasanya apabila dicurangi. Perasaan dendam biasanya kurang menyentuh terhadap sensitiviti pasangan dan lebih kepada emosi.
Menunjuk-nunjuk- Benarlah pendapat yang menyatakan bahawa “bercakap lebih mudah daripada melakukan”. Tidak dinafikan untuk melakukan sesuatu perkara yang betul-betul mampu dibanggakan agak susah. Cara paling mudah untuk menunjukkan kebanggaan diri kepada orang lain adalah dengan menipu. Pada kebiasaannya, seseorang yang kurang mendapat kejayaan terhadap hidupnya lebih cenderung untuk menipu. Tidak semestinya seseorang yang kelihatan  kaya raya bermakna dia telah berjaya dalam hidup. Ia lebih berbentuk subjektif bergantung pada diri masing-masing.
Dengki- Seseorang yang bersikap dengki juga lebih cenderung untuk menipu. Ini disebabkan kerana mereka juga ingin setanding dengan pesaing mereka. Menipu adalah cara mudah untuk mendapatkan pujian daripada pesaing yang mereka harapkan. Ketidaksenangan mereka untuk melihat kejayaan atau kesenangan orang lain akan menyebabkan mereka akan terus menipu. Lebih berbahaya lagi adalah seseorang yang bersikap dengki ini bukan sahaja suka menipu, tetapi dikhuatiri dalam penipuan yang mereka cuba lakukan akan timbulnya fitnah pada pihak lain.
Kepentingan diri sendiri- Pasti masing-masing akan lebih sibuk menjaga kepentingan untuk diri sendiri berbanding orang lain. Memang perkara ini sukar dinafikan. Di atas sebab terlalu menjaga kepentingan diri sendirilah menyebabkan seseorang itu akan menipu. Berkemungkinan mereka menipu kerana takutkan persaingan daripada pihak lain ataupun mereka menggunakan orang lain untuk kepentingan mereka sendiri.


No comments:

Post a Comment