Total Pageviews

Sunday, June 12, 2011

6 cara untuk mengeratkan lagi perhubungan


Jadi seorang yang kelakar- Seorang yang kelakar amat mudah untuk didekati disebabkan perasaan senang terhadap sikap seseorang itu. Begitu juga di dalam perhubungan, ia dapat membantu untuk meredakan ketika situasi tegang, membantu untuk mengelakkan perkelahian, dan melupakan sebentar tekanan yang sedang dihadapi. Sekiranya diamalkan sikap yang serius, formal, cuba menunjukkan sifat kematangan yang terlampau dan sebagainya, sesuatu hubungan itu akan menjadi bosan dan ini akan menghasilkan jurang komunikasi antara pasangan itu.
Ciuman- Ciuman akan menambahkan lagi keintiman pasangan. Tunjukkan rasa hormat anda pada isteri/suami dengan memberi ciuman kepada mereka. Walaupun perkara ini adalah mudah, tetapi ramai pasangan yang sudah lama berkahwin tidak mengamalkannya. Disebabkan faktor mudah inilah kadang-kadang dapat dilihat hubungan pasangan yang sudah lama berkahwin itu menjadi tidak mesra. Tetapi ada juga pasangan tua yang sudah lama berkahwin tetapi masih lagi romantik. Ini disebabkan tindakan asas yang telah diterapkan dalam diri sejak awal lagi. Kemesraan di dalam hubungan perlu dipupuk dan ia tidak datang dengan sendirinya.
Penghargaan- Setiap manusia amat suka untuk dihargai kerana ia akan membuatkan mereka merasakan diri amat bernilai. Walaupun sesuatu perkara itu amat mudah dilakukan seperti menyediakan anda makanan dan sebagainya, ucapkan terima kasih kepada mereka sebagai tanda penghargaan. Semakin kerap anda mengucapkan kata-kata penghargaan kepada seseorang, semakin dapat mengeratkan lagi perhubungan itu. Ia juga secara tidak langsung dapat membantu seseorang untuk mendapatkan keyakinan diri dan juga dapat memotivasikan mereka.
Memberikan kejutan- Kejutan dapat memberikan ingatan yang mendalam dalam hidup seseorang. 98 peratus menyatakan bahawa mereka masih mengingati lagi terhadap peristiwa kejutan yang telah diberikan terutamanya daripada orang yang mereka sayang. Perhubungan juga kadang-kadang memerlukan kejutan. Ia akan menghasilkan memori indah buat pasangan. Sekiranya di dalam perhubungan terdapat perselisihan faham dan sebagainya, dengan mengingati memori indah yang telah dilalui dapat membantu untuk meredakan kemarahan.
Jadi seorang yang gemarkan sejarah- Setiap kenangan manis atau pahit yang dilalui bersama pasangan perlu untuk diceritakan semula. Ini adalah untuk menunjukkan bahawa anda masih mengingati dirinya dan sebagai tanda penghargaan kepada dirinya kerana setia untuk menemani anda. Setiap kali pasangan bercerita kembali mengenai sejarah yang telah mereka lalui, pasti akan menimbulkan sesuatu perasaan yang sangat positif dan dapat membantu untuk menambahkan lagi kemesraan di dalam perhubungan itu.
Jadi seorang yang pemaaf- Setiap yang dipanggil manusia pasti akan melakukan kesalahan dan anda perlu sentiasaa untuk bersedia memaafkannya. Kesukaran untuk memaafkan seseorang akan mengeruhkan lagi perhubungan itu. Apabila anda sudah memaafkan seseorang, jangan sesekali mengungkit kesalahan yang telah mereka lakukan kerana ini akan membuatkan mereka berasa rendah diri dan putus asa. Maaf dan lupakan kesalahan yang telah dilakukan. Dan sebaiknya memberikan mereka semangat untuk meneruskan kehidupan dan menasihati mereka untu tidak mengulangi lagi kesalahan yang telah dilakukan.
kredit : http://www.top5reason.com

No comments:

Post a Comment