Total Pageviews

Monday, June 13, 2011

Jenis-jenis sihir dan kaedah merawatnya


Apakah yang dikatakan sihir ?
Sihir mengikut pandangan kami adalah sesuatu yang membuatkan seseorang cenderong kepada sesuatu . Sebaiknya dalam permasaalahan sihir ini kita kembali semula kepada imam iaitu kepercayaan. Mengikut sesetenggah pendapat akibat dari sihir boleh mendatangkan berbagai musibah atau kejadian yang buruk atau yang baik dan berbagai-bagai lagi .
Pada pandangan kami baik atau buruk itu sebenarnya adalah ketentuan tuhan, makluk seperti kita yakni manusia tidak mampu mengubahnya. Seandainya manusia itu mampu mengubah ketentuan tuhan, manusia itu sendiri telah merampas kuasa.
Yang berkuasa hanya Allah, kita hanyalah pelakon sahaja di pentas alam maya ini.
Jenis-jenis sihir dan tanda-tandanya:-
1 . Sihir untuk berpisah .
Sihir pemisah biasanya digunakan untuk memisahkan suami isteri,pasangan kekasih, kejiranan dan bermacam-macam lagi;


Tanda-tanda sihir pemisah ialah:-
            • Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
            • Berlaku keraguan antara suami-isteri.
            • Enggan meminta maaf
            • Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.
            • Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.
            • Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya.
            Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.
            (imej dibawah:Penawar bagi santau/ sihir/racun)
            2. Ubat / Minyak Guna-guna (Sihir Percintaan) 
            Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

            • Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
            • Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seks.
            • Sukar mengawal cintanya.
            • Rindu bayang yang berlebihan.
            • Patuh secara membuta-tuli.
            Sebab-sebab berlakunya sihir percintaan (guna-guna):
            • Timbulnya berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan perselisihan suami-isteri.
            • Perasaan cemburu seorang wanita. Mereka selalu cemas suaminya akan lagi.
             3. pukau(Hipnotis)
             Tanda-tanda terkena pukau:  
            • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
            • Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
            • Melihat sesuatu tidak seperti yang sebenarnya, seperti melihat tali tapi terasa seperti melihat ular melihat batu kerikil seolah-olah melihat permata
            Melawan sihir pukau:   
            • Membaca ayat al-Kursi
            • Zikir-zikir yang mengandungi khafiat
            • Bersolat
            4.Sihir sasau
            Tanda-tanda sihir sasau:  
            • Jadi bodoh dan pelupa.
            • Cakap tak tentu pasal
            • Mata layu dan ada tanda hitam di bawah mata
            • Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
            • Tidak pedulikan penampilan diri.
            • Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat.     
            6. Sihir perintah
             Tanda-tandanya:  
            • Selalu mengalami mimpi menakutkan.
            • Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap
            • Selalu was-was.
            • Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
            • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
            • Mimpi melihat haiwan mengejarnya.
             7. Sihir Menghantar Penyakit     
            Tanda-tandanya:  
            • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
            • Saraf tersumbat.
            • Lumpuh salah satu anggota tubuh
            • Lumpuh menyeluruh.
            • Tidak berfungsi salah satu pancaindera
            8, Sihir Pendarahan
            Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.
              Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.
              Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.
            9. Sihir Menahan Pernikahan   
            Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:
            • Takut yang bersangatan
            • Marah yang tidak terkawal
            • Lalai berlebihan
            • Di puncak gelora nafsu syahwat

            kredit : http://muhdhazrie.wordpress.com

            No comments:

            Post a Comment