Total Pageviews

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa......



Rasulullah bersabda yang bermaksud: Adakah kalian mahu ku beritahu tentang dosa-dosa yang besar? Para sahabat menjawab: Kami mahu, ya Rasulullah. Rasulullah bersabda: Menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa.
Riwayat Bukhari & Muslim
Allah berfirman yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.
Surah al-Israk ayat 23-24
AYAH
AYAH.........
Pelukan ayah waktu itu
Masih segar terasa
Masih hangat dalam ingatan
Walaupun ayah sudah lama pergi
Wajah ayah yang sentiasa ceria
Selalau bermain difikiranku
Membuat hatiku rindu selalu
Rindu pada setiap kalimah bicaranya
Yang selalu menasihatiku kearah kebaikkan
Hati ini tidak pernah sayu
Sewaktu ayah masih ada
Namun
Kehidupan harus diteruskan
Demi mencapai hasrat ayah
Yang ingin aku berjaya
Dan terus berjaya dalam hidup
Dan membela nasib keluarga
Yang serba kekurangan
Didak akan kuhampakan
Segala kemahuan ayah
Kerna ayah tidak pernah
Menghampakan segala permintaaanku
Walau apapun kupinta ia tetap hulurkan
Terima kasih ayah... 
dirimu tetap ada dalam hatiku

No comments:

Post a Comment