Total Pageviews

Saturday, June 4, 2011

TIPS Mendidik Anak Cemerlang

  

Berikut adalah tips oleh Robert D. Ramsey yang boleh
kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita
antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya.
Bagi yang belum ada anak, atau dalam proses untuk
mengadakan anak, masih jugak boleh baca ... ;) Selamat
mencuba !
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan
yang baik – bila anak kita dipanggil dengan nama yang
tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran
yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan
rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita
beri nama yang elok untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari – ada kajian
yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan
mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang
jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari,
dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan
dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling
kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia
kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
- pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin
diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la
ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka
marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita
langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak … 

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah
ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita
appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak
buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi… 

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan -
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya
mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan
yang mereka lakukan. 

6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita
selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana,
seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah
keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka
sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan
tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian
mereka dengan sikap mementingkan diri kita. 

7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh
- Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri
mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka
menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua,
janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka. 

8. Dengarlah cerita anak anda - kerana cerita itu
mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2
akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini
akan mengajar anak anda tentang giliran untuk
bercakap. 

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah
gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.
Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi,
kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa
sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita
kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri - mereka akan menirunya. Jgn kita
sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita
tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah
yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada
penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra. 

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak
menyambut harijadinya - sediakanlah hadiah harijadi
yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg
daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain. 

12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali –
ada sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur,
baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka,
sebab kalau marah nanti terbantut pulak proses
pembelajaran dia. 

13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah -
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan
dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan
kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. 

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak - mimpi ngeri
mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka
kita jadilah pendengar setia mereka. 

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda - mereka
juga dalam masa yang sama akan menghargai
barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah
rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat
demikian. 

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa
ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita
sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita
omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n
selimutkan diorg. 

17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah
ibubapa yang sempurna - ini akan mengurangkan stress
menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata baba ni
garangla.. tu sebenarnya dia menegur. So, ubahlah. Jgn
jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa
rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke
rumah - anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat
selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka
juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita
mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan
tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri
bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia
belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar
lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka -
tetapi kadangkala cuma untuk "sound effect"nya sahaja,
bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka,
dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan
menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak
anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka
sendiri. Hoo... seram, tapi ada betulnya. Buatlah
sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita.
Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti. 

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda -
hargailah perasaan mereka supaya mereka juga
menghargai dan memahami perasaan kita.
Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata
dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di
dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah.
"Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga Mu ...namun
tak pula aku sanggup ke Neraka Mu.... kami lah hamba
yang mengharap belas dari Mu ... "
"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa....
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, serta dosa
semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah
mati"

credit : Madina Hijriani Abd. Razak via http://health.groups.yahoo.com



No comments:

Post a Comment