Total Pageviews

Thursday, June 9, 2011

Ketumbuhan terbesar di dunia dikeluarkan dari wanita!!!!!


Sekumpulan doktor telah berjaya membuang tumor seberat hampir 25 kg. dari seorang wanita di Argentina. Tumor dikatakan telah tumbuh di dalam tubuhnya selama 18 bulan.

Ketumbuhan besar tersebut dikeluarkan dari rahim seorang wanita berusia 54 tahun dalam satu operasi selama empat jam di sebuah rumah sakit berhampiran ibukota Buenos Aires.

Pesakit yang tidak disebutkan namanya itu susut lebih-kurang 35 kg. berat badan nya selepas pembedahan.

Pegawai perubatan mengatakan mereka percaya bahawa 'tumor malignan' ini adalah yang terbesar yang pernah dibuang di dunia. Tumor ganas jenis ini biasanya hanya seberat antara 4 lb. hingga 7 lb.

Dr Oscar Lopez yang mengetuai pembedahan berkata,"Saya belum pernah melihat yang seperti ini selama 34 tahun saya dalam perkhidmatan perubatan. Dalam catatan perubatan, terdapat tumor raksasa yang beratnya sehingga 8.8 lb. Tapi kami tidak menjumpai rujukan tumor yang lebih besar. Berat adalah setanding dengan seorang anak laki-laki empat tahun. Dalam istilah biasa, seolah-olah wanita ini sedang mengandung kembar lima."

Wanita yang berasal dari bandar Lomas de Zamora di pinggiran Buenos Aires, mengalami pertumbuhan mendadak di perut dalam masa setahun setengah.

Dia mengalami kesulitan melakukan tugas harian seperti berjalan atau membungkuk untuk mengikat tali kasutnya.

Dia dirujuk ke Rumah Sakit Gandulfo, di mana pembedahan dilakukan oleh pakar bedah dari pusat perubatan lain.

Sebuah pasukan pakar melakukan laparotomi pada wanita. Ini bermakna mereka memotong melalui dinding perut sebelum memisahkan usus dan pundi kencing lalu membuang rahim, ovari dan tumor.

Wanita tersebut dibenarkan pulang ke rumah setelah berada di rumah sakit selama lima hari selepas pembedahan. - Dailymail



Kredit : http://orandableg.blogspot.com

No comments:

Post a Comment