Total Pageviews

Friday, June 3, 2011

5 petunjuk anda belum bersedia untuk bercinta lagi


Bagaimana untuk mengetahui bila masa paling sesuai untuk anda bercinta kembali selepas hubungan terputus? Kebanyakan orang tidak terlalu memikirkan mengenai masalah ini. Mereka hanya mengikut apa yang mereka rasakan. Untuk mengelakkan masalah yang sama untuk berulang, anda perlu peka terhadap petunjuk-petunjuk ini.



  1. Sentiasa memikirkan mengenai bekas kekasih anda setiap hari.Anda akan membayangkan reaksi mereka di setiap perkara yang anda lakukan. Reaksi mereka apabila mengetahui anda mendapat kerja baru, reaksi mereka pada majlis konvokesyen dan sebaginya. Setiap perkara yang dilakukan pasti memikirkan mengenai mereka. Ia bermakna anda masih menyintainya dan belum bersedia untuk bercinta lagi.
  2. Anda bercerita mengenai bekas kekasih setiap hari. Tidak kira anda bercerita mengenai kebaikan atau keburukannya. Ia bermakna bekas kekasih anda masih kuat berada di dalam ingatan. Walaupun anda berasa benci padanya, sekiranya anda masih bercerita mengenainya bermakna ingatan anda masih jelas terhadap apa yg mereka telah lakukan. Pada waktu ini anda perlu tahu anda sebenarnya masih belum bersedia untuk bercinta lagi.
  3. Tiada kata putus lagi antara kedua-dua belah pihak. Pada waktu ini kebiasaannya adalah untuk mengambil masa menenangkan diri dan cuba untuk menstabilkan keadaan. Ini adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada pasangan untuk cuba memperbaiki kembali hubungan yang telah goyah. Ianya bukanlah masa untuk anda mencari cinta lain.
  4. Anda bergegas untuk mencari pasangan yang lain sebelum bekas pasangan anda menjumpainya dahulu. Ia jelas menunjukkan anda dipengaruhi oleh perasaan cemburu. Perasaan yang anda cuba luahkan tidak ikhlas dari hati. Pada kebiasaannya anda akan cenderung untuk melakukan kesilapan yang serupa terhadap bekas pasangan anda yang terdahulu.
  5. Anda tidak dapat merasakan bahawa anda sebahagian daripada pasangan yang baru. Ianya merupakan keperluan, dan bukannya cinta. Sekiranya anda tidak tahu apakah tujuan anda untuk sesuatu hubungan itu, anda perlu untuk memikirkan semula keputusan anda. Mengharapkan seseorang untuk menggembirakan anda atau melengkapi hidup anda yang kesunyian, ia merupakan resipi untuk kemusnahan di dalam perhubungan anda pada masa hadapan.
Cuba anda ambil masa selepas hubungan anda terputus. Cuba renungkan apa yang terbaik untuk kehidupan anda pada masa akan datang. Luangkan masa untuk mendapatkan gambaran jelas tentang apa yang anda inginkan dan tidak inginkan dalam hubungan seterusnya serta apa yang anda tawarkan kepada pasangan anda yang seterusnya.

kredit : http://www.top5reason.com



No comments:

Post a Comment