Total Pageviews

Sunday, May 22, 2011

Zodiak & Makanan Kegemaran


Pisces: Kamu suka menu makanan siang yang banyak mengandungi air dan sebelah malamnya pula kamu gemar menikmati makanan-makanan berminyak dan bersos. 


Aries: Kerana terlalu sibuk beraktiviti, kamu tidak berkesempatan memikirkan soal makan. Kebiasaannya kamu akan makan setelah perut mu benar-benar lapar atau berbunyi-bunyi sebagai isyarat bahawa telah tiba waktu makan. 


Taurus: Aroma masakan sering membuat kamu tidak dapat menahan selera makan mu. Kamu rela menghabiskan waktu yang agak lama untuk benar-benar menikmati makanan kegemaran mu! 


Gemini: Bijak berkomunikasi dan gemar bercakap. Ketika mulut penuh dengan makanan pun tetap bercakap. Bagi kamu, makan boleh berhenti tapi bercakap harus diteruskan! 


Cancer: Disebabkan sikap mu yang sukar untuk diramal secara tidak langsung membuatkan jadual pemakanan mu berubah-ubah. Kamu makan sesuka hati ada kalanya kamu hanya makan dua kali dalam sehari. 


Leo: Kamu amat menggemari makanan-makanan mewah. Oleh itu kamu sukar untuk mengikut jadual diet mu. Kamu hanya menyukai makanan tertentu dan terus membenci makanan-makanan yang tidak tergolong dalam kategori makanan kegemaran mu. 


Virgo: Bentuk badan sempurna penting bagi kamu. Kamu sering memeriksa label nutrien yang terdapat pada bungkusan makanan yang kamu pilih. Kamu gemarkan makanan yang sempurna dan semula jadi. Kamu tidak suka makanan ringan! 


Libra: Sikap ideal kamu ada kalanya menjadikan kamu agak kaku. Setiap kali makan kamu inginkan hidangan itu disajikan dengan cantik, kemas, bersih dan sempurna. Hanya disebabkan sedikit kesalahan, ia akan turut memberi kesan kepada emosi mu. Kamu suka makan berlama-lama kerana setiap suapan yang masuk ke mulut mu akan kamu nikmati sepenuhnya. 


Scorpio: Misteri dan membingungkan, itulah keperibadian mu. Makanan yang kaya dengan rempah-ratus menjadi kegemaran mu. Kamu tidak risau mengenai berat badan kerana kamu percaya bahawa ghairah hidup yang menyala-nyala akan turut membakar lemak di dalam tubuh mu. 


Sagitarius: Kamu memang gemarkan cabaran. Malah makanan kegemaranbiasanya lain dari yang lain. Kamu gemar mencuba sesuatu resipi yang baru kerana kamu memang gemarkan kelainan. 


Capricorn: Kamu adalah individu yang berwawasan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Kamu suka makan secara bersederhana dan mengambil makanan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Kamu juga hanya setia kepada sesuatu produk makanan sahaja. 


Aquarius: Individu di sekeliling mu ternyata menyukai sikap mu yang gemar berjenaka. Sekiranya menghadiri pesta atau jamuan tertentu kamu sering memilih makanan yang tidak menjadi �favourite� para tetamu yang hadir. Kamu juga dikategorikan sebagai individu yang gemar mencuba. Ada kalanya masakan yang kamu cuba agak pelik dan tidak pernah dibuat orang! 




No comments:

Post a Comment