Mengenali pasangan hidup adalah kenangan indah dalam hidup seseorang. Lebih mengharukan jika kekasih yang kita kenali mengakhiri perhubungan ke jinjang pelamin. Ia memang indah dan mengasyikkan.
Tapi selama mana pun kita berkahwin atau berkawan, ada kalanya kita tidak mengenali pasangan dengan lebih rapat. Jika ditanya, sesuatu tentang pasangan, kita juga masih terfikir-fikir jawapannya yang mana akhirnya apa yang kita jawap itu semuanya salah. Justeru itu, sebenarnya bukan mudah untuk kita mengenali pasangan sekali pun kita mendakwa sudah tahu semuanya tentang diri mereka.
Pendengar setia
Lazimnya, lelaki sering dikaitkan sebagai pendengar setia malah mampu menyelesaikan masalah yang timbul. Ini kerana mereka lebih bersikap sabar dan lebih waras dalam menangani semua masalah yang timbul. Berbeza dengan wanita yang agak emosi dan lebih mudah melenting. Tapi tahukah anda, sekali pun lelaki seorang pendengar setia tetapi ada kalanya mereka mudah menjadi bosan terutama menyelesaikan masalah yang sama sahaja.
Bayangkan, kalau anda asyik mengasak soal yang sama, lelaki akan mudah bosan. Jalan terbaik bagi lelaki untuk tidak menyakitkan hati anda, mereka biasanya akan menonton televisyen, mendengar muzik atau membaca. Bagi mereka, kalau masalah yang sama, ia membosankan.
Bingung dan serba salah
Tahukah anda, lelaki cukup bingung kalau anda betanya soal bentuk tubuh di hadapan mereka. Lebih teruk kalau anda bertanya bagaimana potongan badan anda sekarang. Kalau jawapan yang diberi tubuh anda semakin gemuk, anda tentunya akan marah. Sebaliknya, kalau dijawap anda sudah kurus, nampak sangat yang jawapan anda itu suatu pembohongan untuk menyenangkan hatinya. Jadi, ia serba salah bukan.
Hal remeh temeh
Lelaki memang mudah marah terutama membabitkan hal yang remeh temeh. Lebih menggeramkan lagi jika melihat sikap anda yang berdendam pada orang yang sama, sedangkan dia sudah minta anda melupakan hal itu. Kalau anda terusan mengulang benda yang sama, lelaki akan cepat marah. Jangan tidak tahu akan fakta ini.
Menangis
Lelaki memang berasa serba salah jika melihat wanita menangis. Tapi kalau asyik menggunakan air mata sebagai senjata, lama kelamaan lelaki juga akan berasa bosan dan menganggap anda sengaja menggunakan air mata untuk melemahkan dirinya. Justeru itu, meraka akan berasa bosan dan tidak lagi percaya hal itu.
Ucapkan kata-kata sayang
Mengungkapkan perkataan, saya sayang awak memang lumrah bagi pasangan berkasih. Tetapi bagi lelaki, ada kalanya kata-kata tidak seiring dengan hati. Justeru itu, kalau si dia tidak mengungkap sebarang kata-kata kepada anda, jangan ingat dia sudah tidak sayang sebaliknya semua perbuatannya mengatasi rasa cintanya kepada anda.

kredit to : http://budulagend.blogspot.com
No comments:
Post a Comment