Total Pageviews

Tuesday, May 17, 2011

4 Bahan Kimia Dalam Makanan Penyebab Ketagihan...



     

Beberapa hari lepas anda mungkin ada menikmati satu hidangan di sebebuah restoran. Sejak itu, hati teringin pula untuk menikmati menu yang sama setiap hari. Entah kenapa, seakan ada sesuatu yang membuatkan anda tiba-tiba ketagihan akan menu tersebut. Mengapa ya?
Sebenarnya, tanpa kita sedari, bahan-bahan yang kita makan sebenarnya mengandungi unsur yang boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakannya adalah makanan kegemaran kita sendiri. Ini kerana, sebahagian daripada makanan kegemaran kita itu mengandungi bahan perasa tambahan yang boleh membuat kita ketagihan. Tentu sahaja hal ini berbahaya kerana boleh membuatkan nafsu makan kita jadi tidak terkawal, seterusnya tidak dapat mengawal kenaikan berat badan. Ikuti beberapa jenis bahan-bahan yang sering ditambahkan ke dalam makanan kita yang boleh membuatkan kita ketagihan makanan tersebut.

Sodium Nitrit

Bahan kimia ini berfungsi untuk mengawet, memberi warna dan memberi rasa pada makanan olahan terutamanya daging dan ikan salai. Ia bukan hanya boleh membuatkan seseorang itu ketagihan tetapi juga boleh meningkatkan risiko kanser. Jadi, sebaik-baiknya kurangi pengambilan daging olahan.

BHA dan BHT

Butylated hydroxyanisole (BHA) dan Butylated hydrozyttoluene (BHT) adalah antioksidan untuk mencegah makanan yang diletakkan di dalam kemasan daripada berbau tengik dan berminyak. Bahan kimia ini sering didapati pada makanan seperti bijirin, gula-gula getah, kerepek kentang dan minyak sayur.

Propyl Gallate

Propyl gallate juga termasuk antara bahan pengawet yang dimasukkan di dalam makanan yang dibungkus di dalam kemasan. Fungsinya sama seperti BHA dan BHT, dan ia sering digunakan bersama-sama. Bahan ini juga terdapat banyak pada produk seperti daging olahan, gula-gula getah dan sebagainya.

Monosodium Glutamate

Monosodium glutamate (MSG) ini begitu sinonim sekali di dalam masakan. Sering digunakan sebagai penyedap masakan,MSG mengandungi zat tambahan yang boleh membuatkan kita ketagihan terhadap makanan yang ditambahkan perasa ini.
Pada sesetengah orang pula, MSG boleh menimbulkan gejala alahan seperti sakiy kepala dan mual. Untuk itu, kurangi penggunaan MSG di dalam masakan anda. Anda boleh gunakan bahan-bahan segar di dalam hidangan makanan yang lazat tanpa tambahan penggunaan MSG. Jadi, kita sebagai pengguna haruslah berpada-pada dalam menikmati sesuatu hidangan samada di luar atau pun di rumah kerana makanan yang enak dan lazat itu tidak semestinya bagus untuk kesihatan diri kita.

No comments:

Post a Comment