Total Pageviews

Thursday, May 26, 2011

Tips kalau terkena simbahan asid dari penyimbah asid bersiri!!!!


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seorang lagi wanita hampir jadi mangsa barupenyimbah asid misteri yang hanya berjaya menyimbah cermin depan dan bumbung kereta setelah pujukannya mangsa tersebut membuka cermin kereta gagal. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan polis wanita berusia 26 tahun itu hampir menjadi mangsa Penyimbah Asid bersiri ketika memandu berhampiran Central Market pada jam 7.30am, 24/5/2011.
mat rempit Tips kalau terkena simbahan asid dari penyimbah asid bersiri
Mat motor penyimbah asid lebih haiwan dari haiwan
Kepada semua wanita Kuala Lumpur semuga nasihat dari Prof. Dr. Zainudin Arifin, Pakar Kimia boleh menjadi panduan :
Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia. ”Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku. ”Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan,” katanya. Beliau berkata jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan. “Dan jika dalam paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya,” kata beliau. Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar – Petikan dari Utusan Online.
Kepada sesiapa yang ada informasi atau ternampak penyimbah asid bersiri ini sila hubungi Polis di Rakan Cop hotline 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

No comments:

Post a Comment