Total Pageviews

Thursday, May 26, 2011

6 Gajet Baru Bakal Muncul Tahun 2011!!!!

Tahun baru bakal menjelma tak lama lagi..Teknologi makin lama makin berkembang..Setiap tahun ada saja gajet terbaru yang akan muncul di pasaran. Teknologi sekarang memang kita tak dapat nak kejar..Lagi kita kejar lagi jauh dia tinggalkan kita.Ehh...Betul ke??. Teknologi yang dah ada pun belum lagi kita terpakai lagi..Untuk tahun 2011 nanti jom kita tengok gajet-gajet yang bakal keluar seiring dengan peredaran masa dan zaman..

Blackberry Playbook

Tablet keluaran Research in Motion (RIM) ni dikatakan pesaing terdekat bagi iPad. Dikhabarkan bakal menggunakan processor dual-core bagi menyokong ciri pelbagai tugasan aplikasi yang selalunya terdapat pada telefon pintar Blackberry. Mempunyai dua unit kamera berdefinisi tinggi (HD) di bahagian depan dan belakang. Apa yang iPad tak ada berbanding Blackberry Playbook ni adalah connection Bluetooth yang boleh transfer satu fail ke gajet lain yang ada fungsi Bluetooth.




Netbook Berkuasa Chrome

Netbook yang akan dilengkapi dengan sistem operasi Chrome yang dibangunkan oleh Google dijangka memasuki pasaran tahun depan. Chrome bakal menyaingi sistem operasi yang sedia ada seperti Windows, Mac OS dan Linux. 




LG Star

LG jugak tak mahu ketinggalan dalam perang gajet. Apa yang menarik, join venture antara LG dengan pengeluar chipset grafik iaitu Nvidia akhirnya berjaya menghasilkan versi Tegra 2 untuk telefon bimbit LG Star yang menjanjikan kualiti grafik yang lebih menarik dan cantik. LG menawarkan sistem operasi Android 2.3 (Gingerbread) dengan kamera lapan megapiksel dan berupaya merakam video berdefinisi tinggi untuk gajet LG Star.




Pengecas wayarles ElectroHub

Pengecas tanpa wayar ElectroHub itu membolehkan peranti elektronik dicas tanpa perlu dicucuk sebarang kabel padanya. Kita cuma perlu tukarkan bateri asal gajet tersebut dengan bateri keluaran ElectroHub dan kita boleh mengecasnya dengan hanya perlu meletakkan gajet pada pad pengecas. 




Tablet Motorola Android 3.0

Motorola bakal memperkenalkan tablet Motorola versi Android terkini yang dikenali sebagai Honeycomb iaitu sistem operasi sumber terbuka yang dibangunkan oleh Google yang lebih fleksible dan menarik.




iPhone 5

Apple Inc. bakal mengejutkan pengguna-pengguna iPhone dengan gajet terbaru mereka iaitu kemunculan iPhone 5 yang bakal berada di pasaran tahun depan. Walaupun belum lagi dapat dipastikan tapi  penganalisis teknologi berpendapat ianya bakal menjadi kenyataan. Kita tunggu kemunculannya..



Sumber asal: Kosmo! Online


No comments:

Post a Comment