Total Pageviews

Monday, May 30, 2011

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami

1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 


3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat 

Sunday, May 29, 2011

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH...

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA 
NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH!!
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat. Apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama-nama syaitan:
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA’K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA’K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN……………hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA……dua harakat, MIN…. 3 harakat.
Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat….. Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Mencintai dan Dicintai........



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. 



15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



kredit : http://tutotipnlife.blogspot.com

56 Pantang Larang Nenek Moyang


Nenek moyang kita di Nusantara telah meninggalkan banyak pesanan sebagai panduan kita dalam kehidupan. Ia berkait rapat dengan kehidupan seharian, kesopanan dan ketatasusilaan kita. Adapun pesanan- pesanan, pantang larang dan petua mereka itu saya pelajari sepanjang usia saya dari keluarga dan jiran tetangga. Jadi tidak juga boleh dikatakan pantang larang ini berasal dari mana- mana bangsa tertentu, kerana sejak kecil saya hidup dalam asimilasi kepelbagaian budaya bangsa dan amalan hidup. Satu hal yang pasti, 56 pantang larang yang tersenarai di sini adalah bawaan nenek moyang kita warga Nusantara, bukan nenek moyang dia, bukan nenek moyang mereka.

1. Orang yang disebut- sebut namanya, tiba- tiba datang si empunya diri, orang yang disebut namanya itu dikatakan panjang umur.
2. Orang yang ramalannya benar belaka, dikatakan bermulut masin.
3. Kalau menanam buluh perindu di luar rumah, alamat akan selalu dirindui orang.
4. Salam rindu kepada seseorang boleh dihantar melalui angin jiring di luar tingkap.
5. Kalau bulu mata gugur ke pipi, maksudnya ada orang yang merindu.
6. Kalau bulu mata yang gugur ke pipi diletakkan di rambut kepala, rambut akan cepat memanjang.
7. Rambut juga akan cepat memanjang jika air batang pisang diperah ke rambut.
8. Kalau bersin bukan di tempat- tempat yang wajar, bukan pada waktu- waktu yang wajar, maksudnya sedang diperkatakan orang.
9. Kalau lidah tergigit, maksudnya sedang diumpat orang.
10. Pantang keturunan anak dara bangun lambat.
11. Pantang keturunan anak perempuan memotong/ memendekkan rambut.
12. Kalau perempuan melangkah- langkah makanan yang terhidang di lantai, lelaki yang akan makan hidangan itu akan akur patuh pada kata- kata perempuan itu.
13. Kalau anak perempuan cuai dalam membuat kerja- kerja rumah, sampai pinggan kaca pecah olehnya, sial akan melanda rumah itu.
14. Semasa bersanding, pengantin perempuan tidak boleh senyum, ketawa atau menjeling manja kepada pengantin lelaki. Ini adalah tanda jual mahal pihak perempuan.
15. Setiap orang di bumi ini ada 7 orang yang serupa muka. Jika sampai bertemu ketujuh- tujuh serupa wajah ini, dunia akan kiamat.
16. Selepas buang hajat, kemudian cebok, tangan kiri boleh ditekapkan ke mata, atau didekatkan ke mata. Dengan mengamalkannya, penyakit rabun, mata merah dan mata bengkak boleh sembuh.
17. Kalau kupu- kupu coklat masuk ke rumah, alamatnya akan didatangi tetamu.
18. Kalau tidur antara waktu asar dan maghrib, 40 hari dilakukan tabiat itu, alamat akan gila.
19. Perjalanan pergi ke tempat jauh terasa lebih panjang berbanding perjalanan pulang, kerana semasa pergi, setiap tumbuh- tumbuhan di sekeliling akan bertegur sapa dengan orang yang berpergian itu, dan bertanyakan tujuan.
20. Simbol janji terikat antara 2 orang adalah bila jari kelingking kita berkait dengan jari kelingking orang itu.
21. Simbol putus kawan adalah apabila kita memutuskan sambungan dua penghujung jari telunjuk kawan itu, dengan menggunakan jari telunjuk kita.
22. Untuk menyambung kembali persahabatan, dua jari telunjuk kawan yang terpisah itu perlu didekatkan/ disambung semula.
23. Orang yang mengigau, dan dalam igauannya dia menyebut- nyebut nombor, nombor itu adalah nombor bertuah bagi kaki judi.
24. Nombor plat kereta yang kemalangan adalah nombor bertuah bagi kaki judi. Semakin teruk kemalangan itu, semakin besar habuan nombor judi tersebut.
25. Kalau mengunyah sirih dan kapur, dan diletakkan di celah gigi semasa bercakap- cakap, orang akan senang hati dan akur dengan kata- katanya.
26. Kalau masak nasi dan nasi itu berkerak, jangan dulu dibuang keraknya, boleh ditambah air panas dan sedikit gula, lalu dimakan.
27. Kalau melintas di belakang atau di hadapan orang yang lebih tua, harus menundukkan badan dan sebelah tangan diluruskan ke bawah, sebelah lagi diletak di belakang, sebagai tanda hormat.
28. Cara duduk yang terbaik bagi wanita adalah bersimpuh, dan bagi lelaki ialah bersila.
29. Jangan selalu duduk- duduk di tangga depan rumah, nanti lambat kahwin.
30. Jangan menyapu lantai dengan menggunakan kain, nanti cepat jatuh miskin.
31. Jangan pijak, menduduki dan melangkah bantal, nanti berbisul di punggung.
32. Jangan meramas makanan dengan tangan, nanti makanan akan basi.
33. Jangan menyanyi di dapur, nanti bersuamikan orang tua.
34. Jangan makan di pinggan beralaskan pinggan.
35. Jangan menjilat piring sesudah makan.
36. Jangan mengetuk- ngetuk atau membunyi- bunyikan sudu dengan piring semasa makan.
37. Jangan menyuap lagi ke mulut yang sedang mengunyah makanan, siap dulu mengunyah dan menelan makanan, barulah menyuap lagi.
38. Jangan menghembus nafas ke dalam gelas semasa minum.
39. Jangan tengok cermin semasa guruh kilat, nanti sebelah wajah akan bertukar buruk.
40. Jangan menunjuk pelangi dengan jari telunjuk, nanti akan mendapat luka kecil.
41. Jangan membakar kulit bawang, nanti rezeki susah masuk ke rumah.
42. Jangan makan makanan yang masih dalam periuk.
43. Jangan meniup bilah peraut, nanti mata peraut akan tumpul.
44. Jangan tidur di tangga atau di tempat tersembunyi pada waktu maghrib, nanti akan disembunyikan oleh hantu tetek.
45. Jangan potong kuku pada waktu malam, nanti pendek umur.
46. Jangan sebut perkataan ‘garam’ semasa membeli garam pada waktu malam.
47. Jangan bertukar- tukar/ berpindah- pindah tempat duduk semasa makan, nanti banyak kali bertukar ganti suami.
48. Jangan menyampuk orang tua yang sedang bercerita.
49. Jangan membazir nasi, nanti tiap- tiap butir nasi itu akan menangis. Maksudnya orang itu akan susah mencari makan.
50. Jangan merenung bulan purnama, nanti jatuh sakit yang sukar diubati.
51. Jangan selalu meniarap, nanti ibunya mati cepat.
52. Jangan langkah orang yang sedang baring, apapu yang terjadi, usahakan supaya tidak dilangkah/ melangkah orang yang baring.
53. Jangan biarkan kaum wanita sahaja di rumah, sekurang- kurangnya seorang lelaki perlu ada di sebuah rumah, walaupun hanya seorang bayi lelaki.
54. Jangan menjahit baju yang sedang dipakai di badan, nanti semasa matinya pakaian susah ditanggalkan.
55. Jangan memberi/ menerima sesuatu dengan tangan kiri.
56. Jika bahu kiri ditepuk dari belakang, hendaklah menoleh ke kanan, dan jika bahu kanan yang ditepuk dari belakang, hendaklah menoleh ke kiri.

Kesemua 56 pantang- larang, kepercayaan dan petua di atas hanyalah sebahagian yang sempat saya ingat dan catatkan daripada ratusan pantang- larang yang diajarkan kepada saya sejak kecil. Walaupun ada sesetengah pantang larang itu tidak disertakan sebab musababnya, rasanya tidak berat untuk diamalkan sebagai tanda hormat pada orang- orang terdahulu. Bagi saya secara peribadinya berbangga kerana orang dahulu telah ada cara hidup sendiri yang membentuk identiti mereka, dan mereka tidak pula 

perlu terikut- ikut mana- mana budaya hidup orang.


Kredit : http://tarabassing.blogspot.com

Saturday, May 28, 2011

Misteri Kematian Lincoln & Kennedy; Believe it or Not?


  


Misteri dibalik kematian presiden Lincoln dan Kennedy diantaranya seperti yang ada dibawah ini:

Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1846.
John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1946.

Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1860.
John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1960.

Nama Lincoln dan Kennedy sama-sama terdiri dari tujuh huruf.
Keduanya sama-sama mengambil berat masalah hak-hak sivil.

Isteri kedua-duanya sama-sama kehilangan anak di Rumah putih.
Keduanya di tembak pada hari Jumaat. Kedua-duanya ditembak di kepala.
Setiausaha Lincoln bernama Kennedy. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.

Kedua-duanya dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan.
Kedua-duanya digantikan oleh orang Wilayah Selatan.

Pengganti mereka bernama Johnson.
Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln lahir pada 1808.
Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy lahir pada 1908.

John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln lahir pada tahun 1839.
Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.
Nama kedua-dua pembunuh terdiri dari tiga nama.
Nama kedua-dua pembunuh tersebut sama-sama terdiri dari 15 huruf.
Kedua-dua pembunuh itu lari dari sebuah pawagam dan tertangkap di sebuah gudang.
Booth tertangkap di sebuah gudang setelah berupaya memboloskan diri dari sebuah pawagam.
Oswald tertangkap di sebuah pawagam setelah sebelumnya berupaya memboloskan diri dari sebuah gudang.
Booth dan Oswald dibunuh sebelum mereka diadili.

Dan ini yang paling unik?..

Seminggu sebelum Lincoln ditembak, ia berada di Kota kecil Monroe, di wilayah Maryland.
Seminggu sebelum Kennedy ditembak, ia berada bersama Marylin Monroe.

Believe it or Not? 

RESTORAN MALDIVES........













Thursday, May 26, 2011

KEPADA PENGGEMAR SUSHI KING!!!!


Sushi King adalah restoran yang menghidangkan masakan dan makanan Jepun.Lebih dari 95% makanan yang di hidangkan adalah makanan laut seperti ikan, sotong ,udang dan  rumpai laut.Sushi adalah menu utama mereka.Sushi adalah sejenis makanan di mana makanan laut yang mentah & segar di letakkan di atas sekepal nasi.Anda boleh memilih untuk di hidangkan    atau untuk memilih sendiri hidangan  yang telah  di di letakkan di atas "convenyer" yang sentiasa  bergerak dan berpusing.



Walaubagimanpun ada beberapa menu makanan laut tidak boleh di makan oleh orang Islam kerana terdapat sedikit campuran alkohol di dalamnya.

Makanan tersebut adalah seperti berikut :-

1. Unagi Kabayaki ( 0.05 % alkohol)


2.Unagi Slice (0.05 % alkohol)

3.Ikura (0.30% alkohol)

4.Saba Misoni (0.15% alkohol)

Maklumat ini di perolehi dari Pengurusan Sushi King.

Sushi atau makanan yang lain tidak mengandungi alkohol.


Sushi King adalah restoran yang menghidangkan masakan dan makanan Jepun.Lebih dari 95% makanan yang di hidangkan adalah makanan laut seperti ikan, sotong ,udang dan  rumpai laut.Sushi adalah menu utama mereka.Sushi adalah sejenis makanan di mana makanan laut yang mentah & segar di letakkan di atas sekepal nasi.Anda boleh memilih untuk di hidangkan    atau untuk memilih sendiri hidangan  yang telah  di di letakkan di atas "convenyer" yang sentiasa  bergerak dan berpusing.
Walaubagimanpaun ada beberapa menu makanan laut tidak boleh di makan oleh orang Islam kerana terdapat sedikit campuran alkohol di dalamnya.

Makanan tersebut adalah seperti berikut :-

1. Unagi Kabayaki ( 0.05 % alkohol)

2.Unagi Slice (0.05 % alkohol)

3.Ikura (0.30% alkohol)

4.Saba Misoni (0.15% alkohol)

Maklumat ini di perolehi dari Pengurusan Sushi King. Sushi atau makanan yang lain tidak mengandungi alkohol.


* Aduss...Unagi tu yang sedap tu...
   Unagi = Belut 
   Ikura = Telor Ikan
   Saba = Ikan Kembong

Ais Artik kian cair

Amaran banjir lebih besar ancam dunia


Ais di Greenland dan keseluruhan Kutub Utara kini mencair lebih pantas berbanding ramalan dan mungkin membantu meningkatkan paras air laut global sehingga 1.524 meter kurun ini, kadar lebih tinggi berbanding yang dijangka, menurut penilaian antarabangsa.

Amaran paras air laut lebih tinggi muncul ketika negara di dunia masih tidak berganjak dalam rundingan dua dekad lamanya bagi mengurangkan pelepasangas karbon dioksida dan gas rumah hijau lain dipersalahkan ataspemanasan global.


Bangladesh dan Florida kemungkinan terjejas teruk.


Kemungkinan Indonesia akan kehilangan beberapa pulau jika paras air laut terus meningkat. 

Resepi Rahsia Coca Cola Ditemui!!!!


Sebuah laman web mendakwa telah menemui resepi rahsia Coca-Cola. Thisamericanlife.org mendakwa telah menemui satu senarai dalam bentuk foto di dalam satu artikel suratkhabar menunjukkan bahan dan jumlah yang tepat untuk membuat minuman tersebut.

Resipi minuman tersebut telah ditemui oleh John Pemberton, seorang ahli farmasi ubat pada tahun 1886, terus menjadi misteri.

Atlanta Journal-Constitution edisi  8 Februari 1979 mempunyai gambar seseorang memegang buku dengan resepi yang didakwa sebagai replika yang tepat daripada Pemberton's.

Resepi ini dilaporkan mengandungi ukuran yang tepat dari pelbagai minyak yang berbeza yang diperlukan untuk bahan rahsia Coca Cola, Merchandise 7X.

Walaupun hanya satu peratus dari jumlah keseluruhan formula minuman itu digunakan, Merchandise 7X dikatakan dapat memberi rasa yang unik pada minuman yang popular tersebut.

Memandangkan harga barang yang dah naik sekarang ni, apa kata kita cuba buat sendiri Air Coca Cola?? Kalau menjadi boleh jugak uollssss jual dah boleh tambahkan duit kan.....senang je...cubalah!!!!!!! 

‘Resepi Rahsia’
 
Fluid extract of Coca 3 drams USP 
Citric acid 3 oz 
Caffeine 1oz 
Sugar 30 (it is unclear from the markings what quantity is required) 
Water 2.5 gal 
Lime juice 2 pints 1 qrt 
Vanilla 1oz 
Caramel 1.5oz or more to colour 
7X flavour (use 2oz of flavour to 5 gals syrup): 
Alcohol 8oz 
Orange oil 20 drops 
Lemon oil 30 drops 
Nutmeg oil 10 drops 
Coriander 5 drops 
Neroli 10 drops 
Cinnamon 10 drops 






MANUSIA YANG BERUMUR 256 TAHUN!!!!!



"Jagalah agar hatimu tetap tenang, duduklah seperti kura-kura, berjalanlah dengan riang seperti merpati dan tidurlah seperti seekor anjing." Itulah nasihat yang diberikan oleh Li Chung Yun ketika seorang ketua suku bernama Wu Pu Fei mengundangnya ke rumah dan menanyakan rahsia umur panjang. Li Chung Yun meninggal pada 6 Mei 1933 ketika berumur 256 tahun.

Mr Li tinggal di Sichuan,China dimana umur panjang melambangkan kebesaran seseorang. Pada saat usianya 10 tahun, dia sudah berkelana ke Kansu, Shansi, Tibet, Annam, Siam dan Manchuria untuk mengumpulkan tanaman ubat. Dia terus mengumpulkan tanaman ubat hingga berumur 100 tahun.

Beberapa sumber mengatakan bahawa Mr.Li telah menguburkan 23 isteri dan pada saat meninggalnya dia hidup bersama isteri ke 24. Dari semua isterinya, Li memiliki anak cucu hingga 11 generasi dan berjumlah sekitar 200 orang. Dia juga memiliki kuku yang panjang sekitar 6 inci. Walapun usianya sudah 200 tahun lebih, namun dalam pandangan orang dia kelihatan seperti seseorang yang berusia 60 tahun.

Menurut Mr. Li, dia lahir pada tahun 1736. Namun pada tahun 1930, seorang profesor dari jabatan pendidikan universiti  Chengdu yang bernama Wu Chung Chieh menemukan sebuah catatan dari kerajaan China yang memberikan ucapan selamat kepada Li Ching Yun atas ulang tahunnya yang ke-150 tahun. Ucapan selamat itu diberikan pada tahun 1827. Sekiranya pada tahun 1827 dia berumur 150 tahun, ini bererti catatan kerajaan menunjukkan bahawa Mr. Li lahir pada tahun 1677 dan saat meninggal pada tahun 1933, dia berumur 256 tahun.

Pada saat kematiannya, ucapan dukacita untuk Mr.Li diberitakan oleh media-media ternama dunia, termasuk The New York Times dan Times Magazine.

Sebelum ini, di China juga pernah tercatat seorang yang bernama Chen Jun yang dipercayai meninggal pada usia 443 tahun.

Selama hidupnya, Mr Li dikenali sebagai seorang herbalis dan ahli kungfu. Pada tahun 1749 ketika dia berumur 71 tahun, dia berpindah ke kota Kai Xian untuk bergabung dengan pasukan Cina sebagai pelatih kungfu dan penasihat tentera.

Kisah hidupnya kemudian diceritakan seperti sebuah kisah dari filem-filem silat yang kita tonton. Salah seorang murid Mr. Li, iaitu Master Tai Chi bernama Da Liu menceritakan kisah ini. Pada saat Mr. Li berusia 130 tahun, dia berjumpa dengan seorang petapa di sebuah gunung yang kemudian mengajarinya Jiulong Baguazhang (sembilan naga lapan diagram telapak tangan) dan Qigong (tenaga dalam). Da Liu mengatakan bahawa Mr.Li dapat memiliki umur panjang kerana dia secara teratur melakukan latihan-latihan tersebut setiap hari, secara teratur selama 120 tahun. Sampai saat ini, para pengamal Jiulong Baguazhang moden mengakui bahawa pengetahuan yang mereka peroleh berasal daripada Mr. Li.

Mr li pernah berkata kepada seorang sahabat,"Aku telah menyelesaikan semua hal yang harus diselesaikan di dunia ini, sekarang aku akan pulang." Li Chung Yun meninggal tidak lama selepas itu. Dan sejak itu muncullah Legenda Li Chung Yun, manusia yang berumur 256 tahun.




Kreatif : Tempat Kerja Dalam Bilik Tidur

Sekarang ini semakin ramai orang bekerja di rumah sendiri  baik sebagai pengusaha kecil , blogger ,pereka grafik, atau sebagai pekerja biasa. Terdapat beberapa kelebihan bekerja di rumah termasuklah etika berpakaian yang lebih kasual dan bebas. Bilik tidur juga boleh dijadikan tempat bekerja sekiranya kita kreatif mengubahsuai bilik tidur kita. Ini dapat menjimatkan kos dan juga memberi keselesaan kepada kita.Di harap gambar-gambar berikut memberi inspirasi kepada sesiapa yang berminat menjadikan bilik tidur sebagai tempat bekerja asalkan tidak mengabaikan aspek-aspek keselamatan. 
















 










Read more: http://foren-6.blogspot.com/2010/12/kreatif-tempat-kerja-dalam-bilik-tidur.html#ixzz1NUA5P3YQ

Tips kalau terkena simbahan asid dari penyimbah asid bersiri!!!!


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seorang lagi wanita hampir jadi mangsa barupenyimbah asid misteri yang hanya berjaya menyimbah cermin depan dan bumbung kereta setelah pujukannya mangsa tersebut membuka cermin kereta gagal. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan polis wanita berusia 26 tahun itu hampir menjadi mangsa Penyimbah Asid bersiri ketika memandu berhampiran Central Market pada jam 7.30am, 24/5/2011.
mat rempit Tips kalau terkena simbahan asid dari penyimbah asid bersiri
Mat motor penyimbah asid lebih haiwan dari haiwan
Kepada semua wanita Kuala Lumpur semuga nasihat dari Prof. Dr. Zainudin Arifin, Pakar Kimia boleh menjadi panduan :
Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia. ”Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku. ”Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan,” katanya. Beliau berkata jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan. “Dan jika dalam paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya,” kata beliau. Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar – Petikan dari Utusan Online.
Kepada sesiapa yang ada informasi atau ternampak penyimbah asid bersiri ini sila hubungi Polis di Rakan Cop hotline 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.