Kaum wanita di Thailand kini mempunyai alternatif untuk melakukan beberapa perubahan terhadap diri agar kelihatan lebih cantik dan menarik, ingin memiliki beberapa bahagian anggota badan lebih menarik termasuk bahagian muka, pembesaran punggung dan payudara, kini mereka tidak perlu lagi untuk membuat pembedahan plastik. Kaedah rawatan unik yang dimiliki oleh Khemmikka Na Songkhla, 44 tahun telah diiktiraf dan mendapat kelulusan daripada kerajaan Thailand
Bagaimana Khemmikka melakukannya? Caranya nampak seperti pelik tetapi amat berkesan... iaitu dengan menampar atau menepuk bahagian-bahagian yang hendak dirawat.
Pakar kecantikan istimewa wanita Bangkok yang berusia 44 tahun ini adalah satu-satunya wanita di dunia yang mengetahui segala rahsia bahagian istimewa anggota wanita dengan kaedah rawatan menampar yang diwarisi daripada neneknya.
Satu hari neneknya melihat dia menggosok-gosok payudaranya dengan krim ajaib lalu menasihatkannya berhenti berbuat demikian kerana hanya membuang masa sehingga ia menyakitkan. Kemudian neneknya menampar buah dadanya beberapa kali dan mencelupkannya dengan air ais.
Khemmikka perasan saiz payudaranya meningkat sebanyak 4 inci, dan akhirnya beliau menguasai teknik rawatan menampar. Satu hari neneknya melihat dia menggosok-gosok payudaranya dengan krim ajaib lalu menasihatkannya berhenti berbuat demikian kerana hanya membuang masa sehingga ia menyakitkan. Kemudian neneknya menampar buah dadanya beberapa kali dan mencelupkannya dengan air ais.
Beliau telah mengamalkan kaedah seni lama menampar di salun kecantikannya selama lebih dua dekad yang lalu, dan berjaya merawat rupa wajah, dan bentuk badan beribu-ribu wanita tanpa menggunakan apa-apa bahan kimia atau implan.
Bagaimana kaedah menampar membantu memperbaiki penampilan wanita? Rupa-rupanya rawatan selama 10 minit melibatkan teknik memukul, menepuk, dan menguli lemak dan otot pada bahagian atas dada, bahagian torso dan pinggang di sekitar payudara bertindak menolak lemak dari kawasan lain ke arah payudara, membentuk penampilan dan saiz yang penuh. Walaupun cukup menyakitkan. tetapi hasilnya amat berbaloi, kerana mereka mendapat pertumbuhan saiz payudara lebih 2 inci.
Beliau mengakui terdapat beberapa wanita yang tidak boleh dibantu. Jika payudara seorang wanita terlalu kecil, atau jika dia terlalu kurus, beliau menasihatkannya untuk menambah berat badan terlebih dahulu sebelum datang berjumpa dengannya.[odditycentral.com] [bangkokpost.com]
kredit : http://www.orangmuo.com
No comments:
Post a Comment