Total Pageviews

Tuesday, January 24, 2012

Mengapa Membuat Panggilan Handphone Adalah Dilarang di Stesen Minyak?


Pernahkah anda nampak simbol seperti ini setiap kali anda mengisi minyak di stesen minyak? Kalau ya, apa yang anda buat? Buat dono je?


Mungkin ada diantara kita yang memandang remeh simbol di atas, tetapi ujikaji di bawah ini menunjukkan bahawa dengan beberapa panggilan daripada handphone disekitar kawasan yang mempunyai minyak kebakaran boleh terjadi.. Boleh di cuba ujikaji ini jika masih ragu. 


Alat yang diperlukan :
1 Kuali (pan), Sedikit kertas, 1 rol aluminium foil, 1 handphone

Bahan-bahan tadi di letakkan seperti gambar di bawah



Selepas itu gunakan handphone untuk membuat
panggilan seberapa banyak...

Setelah beberapa panggilan dibuat ini yang akan terjadi


Ini menunjukkan mengapa kita dilarang menggunakan handphone ketika
berada di stesen minyak..so selamat beramal!

sumber: http://www.borakkosong.com

Read more: http://billyinfo.blogspot.com

Kapal Cruise Untuk Kaum Nudist di Croatia...ishh ishhh..ishhh...


Selama ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa negara Croatia menerima kaum nudist (golongan yang suka berbogel) dengan tangan terbuka. Ini dapat dilihat melalui pembukaan kawasan pantai untuk kalangan kaum nudist dan menjadi salah satu daripada pantai paling disukai oleh golongan ini di seluruh dunia.




Croatia dikatakan memiliki 30 pantai dan resort rasmi yang dikhususkan untuk kaum nudist. Sementara untuk pantai yang tak rasmi, paling kurang terdapat di sekitar 1000 pulau di negara itu yang melapangkan tangan mereka untuk menerima kaum nudist.
Tidak hanya setakat itu sahaja, terdapat juga perkhidmatan kapal pesiaran (cruise) untuk kaum nudist. Layanan ini diberikan eWaterways dengan tawaran dua hari berlayar di Kvarner Bay dan Dalmatian islands. Jurucakap syarikat itu mengatakan kapal pesiaran untuk kaum nudist ini biasanya ditujukan untuk kelompok tertentu sahaja.
Berbogel di atas kapal pesiaran adalah sesuatu yang diwajibkan ketika pelayaran, namun ketika kapal itu berlabuh, maka kaum nudist harus memakai kembali pakaian mereka. 

Jumlah penumpang sekitar 36 orang dan kebanyakan berusia lebih daripada 50 tahun. Mereka umumnya berasal dari Australia,United Kingdom, dan Jerman. Sekali naik kapal pesiar ini, setiap orang dikenakan bayaran sebanyak USD 618 AS (RM 1850) seorang.

Maksud Di Sebalik 12 Haiwan Zodiak Dalam Kalendar Cina.....anda yang mana?



Dalam astrologi Cina, bintang haiwan yang ditentukan oleh tahun melambangkan bagaimana anda dipandang orang lain atau cara anda menonjolkan diri. Ramai yang salah sangka bahawa bintang haiwan hanya ditentukan melalui tahun, sebaliknya ada juga lambang haiwan yang ditentukan melalui bulan (haiwan dalaman) dan jam seharian (haiwan rahsia).

Pendek kata, sungguhpun seseorang berbintang Naga semata-mata kerana lahir pada tahun naga, namun dia juga boleh berbintang Ular secara dalaman dan juga berbintang Lembu secara rahsia. Maka itu, terdapat sejumlah 8,640 kombinasi yang boleh (lima unsur x 12 haiwan dalam kitaran 60 tahun (12 x 5 = 60), 12 bulan, 12 waktu sehari) menentukan seseorang. Semua ini dipandang berat demi pengamalan astrologi Cina yang sebetulnya.


Berikut ialah kesemua dua belas haiwan zodiak dalam urutan betul serta sifat-sifatnya:

Tikus
  • Yin/Yang - Yang
  • Unsur Tetap  - Air
  • Sifat positif - terus terang, berdisiplin, sistematik, cermat, berkarisma, rajin, menawan, petah, suka bergaul, pintar
  •  Sifat negatif - bermanipulasi, kejam, suka memerintah, tegar, mementingkan diri, degil, kritis, bercita-cita terlalu tinggi, tidak berhati perut, tidak bertoleransi, licik

Lembu
  • Yin/Yang - Yin
  • Unsur tetap - Air
  •  Sifat positif - boleh diharapkan, tenteram, berperaturan, sabar, rajin, bercita-cita, konvensional, tenang, sopan, lojik, tegas, kuat
  • Sifat negatif - degil, berfikiran sempit, materialistik, tegar, suka mendesak


Harimau
  • Yin/Yang - Yang 
  • Unsur tetap - Kayu
  • Sifat positif  - sukar diduga, suka melawan, berwarna-warni, sangat berkuasa, berkobar-kobar, berani, mengikut gerak hati, penuh bersemangat, merangsang, ikhlas, pengasih, berperikemanusiaan, murah hati
  • Sifat negatif - mudah gelisah, semberono, tidak sabar, cepat berang, degil, mementingkan diri

Arnab  
  •  Yin/Yang - Yin 
  • Unsur tetap - Kayu
  • Sifat positif  - baik budi, baik hati, peka, lemah lembut, ramah, berbudi bahasa, berat mulut, berwaspada, berjiwa seni, teliti, manis, yakin pada diri sendiri, panjang akal, belas kasihan, fleksibel
  • Sifat negatif - ada angin, menyendiri, cetek pemikiran, suka mengurut nafsu, oportunis, pemalas

Naga
  • Yin/Yang - Yang 
  • Unsur tetap - Kayu 
  • Sifat positif  - baik hati, penuh bersemangat, kuat, yakin pada diri sendiri, megah, terus terang, penuh hasrat, bersemangat, berapi-api, berkobar-kobar, tegas, perintis, bercita-cita, murah hati, setia
  • Sifat negatif -  sombong, zalim, suka mendesak, eksentrik, dogmatik, suka menguasai orang lain, terburu-buru, kasar


Ular
  • Yin/Yang - Yin 
  • Unsur tetap -  Api
  • Sifat positif  - berfikir panjang, bijaksana, mistik, lemah lembut, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, berwaspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia, tekad
  • Sifat negatif  -  penyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain, pendusta

Kuda
  • Yin/Yang - Yang 
  • Unsur tetap -  Api
  • Sifat positif  - periang, popular, tajam akal, bertukar-tukar, biasa dan berterus terang, perseptif, suka bercakap, lincah, cerdas, kuat daya penariknya, cerdik, panjang akal, fleksibel, berfikiran terbuka
  • Sifat negatif  - tidak tetap hati, cemas, biadab, mudah terpedaya, degil, kurang stabil, kurang tabah


Kambing 
  • Yin/Yang - Yin 
  • Unsur tetap -  Api
  • Sifat positif  - salih, ikhlas, bersimpati, lemah lembut, pemalu, berjiwa seni, kreatif, lembut, belas kasihan, bertimbang rasa, keibuan, tekad, mencintai kedamaian, murah hati, mencari perlindungan
  • Sifat negatif  -  ada angin, tidak tegas, terlalu pasif, perisau, pesimis, mudah tersinggung, suka merungut

Kera
  • Yin/Yang - Yang 
  • Unsur tetap - Logam
  • Sifat positif  - pencipta, pendorong, suka mengimprovisasi, tajam akal, suka ingin tahu, fleksibel, inovatif, penyelesai masalah, yakin pada diri sendiri, suka bergaul, sopan, menimbulkan rasa hormat, suka bersaing, objektif, faktual, intelektual
  • Sifat negatif  - egoistik, angkuh, mementingkan diri, licik, iri hati, mudah sangsi



Ayam
  • Yin/Yang - Yin
  • Unsur tetap - Logam
  • Sifat positif  - tajam, kemas, cermat, terurus, yakin pada diri sendiri, tegas, konservatif, kritis, mementingkan kesempurnaan, berjaga-jaga, bersemangat, praktis, saintifik, bertanggungjawab
  • Sifat negatif  - terlalu fanatik dan kritis, bagaikan pendakwah, egoistik, kasar, terlalu yakin akan pendapatnya

Anjing 
  • Yin/Yang - Yang 
  • Unsur tetap - Logam 
  • Sifat positif  - jujur, cerdik, terus-terang, setia, penegak keadilan, menarik, ramah, tidak menunjuk-nunjuk, suka bergaul, berfikiran terbuka, idealistik, moralistik, praktis, pengasih, gigih
  • Sifat negatif  - sinis, pemalas, dingin, judgmental, pesimis, perisau, degil, suka bergaduh


Babi 
  • Yin/Yang - Yin
  • Unsur tetap - air
  • Sifat positif  - jujur, sederhana, gagah berani, tegap, suka bergaul, mencintai kedamaian, sabar, setia, rajin, mudah percaya, ikhlas, tenteram, bertimbang rasa, prihatin, berkobar-kobar, cerdik
  • Sifat negatif  -  naif, terlalu bergantung kepada orang lain, suka mengurut nafsu, mudah terpedaya, fatalistik, materialistik
sumber: wikipedia 


kredit :  http://billyinfo.blogspot.com 

Misteri Siapa Monalisa Dibongkar



Ahli sejarah percaya, penemuan ini mampu membongkar kod rahsia Da Vinci.

Tadi Encik Billy tengok Buletin Utama kat TV3, adalah berita pasal saintis berjaya bongkar siapa sebenarnya Monalisa berdasarkan beberapa kod tersembunyi dalam lukisan itu. Kod ini merupakan sebahagian daripada Da Vinci kod yg terkenal tue. Encik Billy pun teringinlah nak tahu dengan lebih lanjut, so En. Billy google-google lah pasal benda ni..dan kat bawah ni adalah apa yg En. Billy jumpa...betul atau tak? wallahualam..


 
Ringkasannya: 
  • Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci. Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.
    • Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.
    • Ujar Glori lagi, walaupun bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah sejak beberapa abad berlalu, tetapi jalan berliku yang dapat dilihat dalam latar belakang Monalisa masih jelas di Bobbio.
    • Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.

    Nombor dan simbol pada lukisan ini hanya dapat dilihat melalui mikroskop
    • Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.
    • "Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya.

    kredit : 
    http://billyinfo.blogspot.com

    Rawatan Unik Kecantikan... Breast Slapping Beauty


    Kaum wanita di Thailand kini mempunyai alternatif untuk melakukan beberapa perubahan terhadap diri agar kelihatan lebih cantik dan menarik, ingin memiliki beberapa bahagian anggota badan lebih menarik termasuk bahagian muka, pembesaran punggung dan payudara, kini mereka tidak perlu lagi untuk membuat pembedahan plastik. Kaedah rawatan unik yang dimiliki oleh Khemmikka Na Songkhla, 44 tahun telah diiktiraf dan mendapat kelulusan daripada kerajaan Thailand 

    Bagaimana Khemmikka melakukannya? Caranya nampak seperti pelik tetapi amat berkesan... iaitu dengan menampar atau menepuk bahagian-bahagian yang hendak dirawat.

    Pakar kecantikan istimewa wanita Bangkok yang berusia 44 tahun ini adalah satu-satunya wanita di dunia yang mengetahui segala rahsia bahagian istimewa anggota wanita dengan kaedah rawatan menampar yang diwarisi daripada neneknya.

    Satu hari neneknya melihat dia menggosok-gosok payudaranya dengan krim ajaib lalu menasihatkannya berhenti berbuat demikian kerana hanya membuang masa sehingga ia menyakitkan. Kemudian neneknya menampar buah dadanya beberapa kali dan mencelupkannya dengan air ais.
    Khemmikka perasan saiz payudaranya meningkat sebanyak 4 inci, dan akhirnya beliau menguasai teknik rawatan menampar. 
      
    Beliau telah mengamalkan kaedah seni lama menampar di salun kecantikannya selama lebih dua dekad yang lalu, dan berjaya merawat rupa wajah, dan bentuk badan beribu-ribu wanita tanpa menggunakan apa-apa bahan kimia atau implan.

    Bagaimana kaedah menampar membantu memperbaiki penampilan wanita? Rupa-rupanya rawatan selama 10 minit melibatkan teknik memukul, menepuk, dan menguli lemak dan otot pada bahagian atas dada, bahagian torso dan pinggang di sekitar payudara bertindak menolak lemak dari kawasan lain ke arah payudara, membentuk penampilan dan saiz yang penuh. Walaupun cukup menyakitkan. tetapi hasilnya amat berbaloi, kerana mereka mendapat pertumbuhan saiz payudara lebih 2 inci.

    Beliau mengakui terdapat beberapa wanita yang tidak boleh dibantu. Jika payudara seorang wanita terlalu kecil, atau jika dia terlalu kurus, beliau menasihatkannya untuk menambah berat badan terlebih dahulu sebelum datang berjumpa dengannya.[odditycentral.com] [bangkokpost.com]

    Monday, January 23, 2012

    Pictures of beautiful bridges......

    STRANGE FACT!!!!!


    Saturday mail delivery in Canada was eliminated by Canada Post on February 1, 1969!

    In Tokyo, a bicycle is faster than a car for most trips of less than 50 minutes!

    There are 18 different animal shapes in the Animal Crackers cookie zoo!

    Should there be a crash, Prince Charles and Prince William never travel on the same airplane as a precaution!

    Your body is creating and killing 15 million red blood cells per second!

    The king of hearts is the only king without a moustache on a standard playing card!

    There are no clocks in Las Vegas gambling casinos!   

    There is one slot machine in Las Vegas for every eight inhabitants!
      The Mona Lisa has no eyebrows. It was the fashion in Renaissance Florence to shave them off! 


    Every day 20 banks are robbed. The average take is $2,500!

    The most popular first name in the world is Muhammad!

    Tablecloths were originally meant to be served as towels with which dinner guests could wipe their hands and faces after eating!

    Tourists visiting Iceland should know that tipping at a restaurant is considered an insult!

    One car out of every 230 made was stolen last year!   

    The names of Popeye's four nephews are Pipeye, Peepeye, Pupeye, and Poopeye!

    Until the nineteenth century, solid blocks of tea were used as money in Siberia!

    The Nobel Peace Prize medal depicts three naked men with their hands on each other's shoulders!

    When glass breaks, the cracks move faster than 3,000 miles per hour. To photograph the event, a camera must shoot at a millionth of a second!

    A Boeing 747 airliner holds 57,285 gallons of fuel!

    A car uses 1.6 ounces of gas idling for one minute. Half an ounce is used to start the average automobile!
      The Philadelphia mint produces 26 million pennies per day! 


    A lightning bolt generates temperatures five times hotter than those found at the sun's surface!

    A violin contains about 70 separate pieces of wood!

    It is estimated that 4 million "junk" telephone calls, phone solicitations by persons or programmed machine are made every day in the United States!   

    It takes glass one million years to decompose, which means it never wears out and can be recycled an infinite amount of times!

    Forest fires move faster uphill than downhill!

    Almost half the newspapers in the world are published in the United States and Canada!