Total Pageviews

Tuesday, January 24, 2012

Misteri Siapa Monalisa Dibongkar



Ahli sejarah percaya, penemuan ini mampu membongkar kod rahsia Da Vinci.

Tadi Encik Billy tengok Buletin Utama kat TV3, adalah berita pasal saintis berjaya bongkar siapa sebenarnya Monalisa berdasarkan beberapa kod tersembunyi dalam lukisan itu. Kod ini merupakan sebahagian daripada Da Vinci kod yg terkenal tue. Encik Billy pun teringinlah nak tahu dengan lebih lanjut, so En. Billy google-google lah pasal benda ni..dan kat bawah ni adalah apa yg En. Billy jumpa...betul atau tak? wallahualam..


 
Ringkasannya: 
  • Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci. Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.
    • Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.
    • Ujar Glori lagi, walaupun bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah sejak beberapa abad berlalu, tetapi jalan berliku yang dapat dilihat dalam latar belakang Monalisa masih jelas di Bobbio.
    • Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.

    Nombor dan simbol pada lukisan ini hanya dapat dilihat melalui mikroskop
    • Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.
    • "Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya.

    kredit : 
    http://billyinfo.blogspot.com

    No comments:

    Post a Comment