Total Pageviews

Tuesday, January 24, 2012

Kapal Cruise Untuk Kaum Nudist di Croatia...ishh ishhh..ishhh...


Selama ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa negara Croatia menerima kaum nudist (golongan yang suka berbogel) dengan tangan terbuka. Ini dapat dilihat melalui pembukaan kawasan pantai untuk kalangan kaum nudist dan menjadi salah satu daripada pantai paling disukai oleh golongan ini di seluruh dunia.




Croatia dikatakan memiliki 30 pantai dan resort rasmi yang dikhususkan untuk kaum nudist. Sementara untuk pantai yang tak rasmi, paling kurang terdapat di sekitar 1000 pulau di negara itu yang melapangkan tangan mereka untuk menerima kaum nudist.
Tidak hanya setakat itu sahaja, terdapat juga perkhidmatan kapal pesiaran (cruise) untuk kaum nudist. Layanan ini diberikan eWaterways dengan tawaran dua hari berlayar di Kvarner Bay dan Dalmatian islands. Jurucakap syarikat itu mengatakan kapal pesiaran untuk kaum nudist ini biasanya ditujukan untuk kelompok tertentu sahaja.
Berbogel di atas kapal pesiaran adalah sesuatu yang diwajibkan ketika pelayaran, namun ketika kapal itu berlabuh, maka kaum nudist harus memakai kembali pakaian mereka. 

Jumlah penumpang sekitar 36 orang dan kebanyakan berusia lebih daripada 50 tahun. Mereka umumnya berasal dari Australia,United Kingdom, dan Jerman. Sekali naik kapal pesiar ini, setiap orang dikenakan bayaran sebanyak USD 618 AS (RM 1850) seorang.

No comments:

Post a Comment