Total Pageviews

Monday, January 23, 2012

Bakteria pembunuh dan penyembuh pada sayap lalat


Dalam riwayat lain: “Sungguh pada salah satu sayap lalat ada racun dan pada sayap lainnya ubat, maka apabila ia mengenai makananmu maka perhatikanlah lalat itu ketika hinggap di makananmu, sebab ia mendahulukan racunnya dan mengakhirkan ubatnya” (HR. Ahmad, Ibn Majah)
Nabi Bersabda, “Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kalian, makacelupkanlah ia, kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya (HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)
Diantara mu’jizat kenabian Rasulullah dari aspek kedoktoran yang harus ditulis dengan tinta emas oleh sejarah kedoktoran adalah alat pembuat sakit dan alat pembuat ubat pada kedua sayap lalat yang sudah beliau ungkapkan 14 abad sebelum dunia kedoktoran berbicara.
Dan penyebutan lalat pada hadits itu adalah bahawa air tetap suci dan bersih jika dihinggapi lalat yang membawa bakteria penyebab sakit, kemudian kita celupkan lalat tersebut agar sayap pembawa ubat (penawarnya) pun tercelup ke air.
Dan kajian  ilmiah terkini pun sudah dilakukan untuk mengungkapkan rahasia di balik hadits ini. Bahawasanya ada kekhususan pada salah salah satu sayapnya yang sekaligus menjadi penawar atau ubat terhadap bakteria yang berada pada sayap lainnya.
Oleh kerana itu, apabila seekor lalat dicelupkan ke dalam air keseluruhan badannya, maka bakteria yang ada padanya akan mati, dan hal ini cukup untuk menggagalkan “usaha lalat” dalam meracuni manusia, sebagaimana hal ini pun telah juga ditegaskan secara ilmiah.
Iaitu bahawa lalat memproduksi zat sejenis enzim yang sangat kecil yang dinamakan Bakter Yofaj, iaitu tempat wujudnya bakteria. Dan tempat ini menjadi tumbuhnya bakteria pembunuh dan bakteria penyembuh yang ukurannya sekitar 20:25 mili mikron.
Maka jika seekor lalat mengenai makanan atau minuman, maka harus dicelupkan keseluruhan badan lalat tersebut agar keluar zat penawar bakteria tersebut.
Maka pengetahuan ini sudah dikemukakan oleh Nabi kita Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam dengan gambaran yang menakjubkan bagi siapapun yang menolak hadits tentang lalat tersebut.
Dan Dr. Amin Ridha, Pakar Penyakit Tulang di Jurusan Kedoktoran Univ. Iskandariyah, telah melakukan penyelidikan tentang “hadits lalat ini” dan menegaskan bahawa di dalam rujukan-rujukan kedoktoran masa silam ada penjelasan tentang berbagai penyakit yang disebabkan oleh lalat.
Dan di zaman sekarang, para pakar penyakit yang telah mengkaji selama berpuluh-puluh tahun, baru boleh mengungkap rahsia ini, padahal sudah dibongkar informasinya sejak dahulu.
Iaitu kurang lebih 30-an tahun yang lalu ketika mereka menyaksikan dengan mata kepala sendiri bahawa ubat berbagai penyakit yang sudah kronik dan pembusukan yang sudah bertahun adalah dengan LALAT.


No comments:

Post a Comment