Total Pageviews

Thursday, July 21, 2011

Taman Pokok Ajaib Tianshan


Taman Pokok Ajaib Tianshan (Aksu Tianshan Shenmu Park) terletak 60 kilometer dari kaunti Wensu, kawasan Aksu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Ia juga dikenali sebagai Mazar Kurmishata, setinggi 1,700 meter dari paras laut. Taman seluas 40 hektar ini juga digelar sebagai "Mutiara di Padang Pasir Gobi".

Tempat yang berhadapan dengan Puncak Tomor Gunung Tianshan ini merupakan kubur perdakwah agama Islam dan juga tempat perhimpunan dan tempat suci bagi penganut Islam.

Kononnya, pada abad ke-11, seorang imam dari Arab Saudi mengetuai lebih 2,000 umat Islam berdakwah di China melalui Kawasan Barat. Mereka ditolak dan berkonflik dengan penduduk tempatan. Mereka kalah dan berundur ke sini. Disebabkan ramai umat Islam bahkan imam itu pun meninggal dunia di sini, perkuburan dibina di tempat ini. Sekarang, terdapat banyak pokok, bunga dan rumput yang luar biasa di sini. Umat Islam juga sering berhimpun di taman yang mempunyai bekalan air mengalir dan pokok-pokok yang merimbun ini. Menurut buku catatan sejarah berkenaan, tempat ini gondol sebelum kedatangan imam tersebut. Ketika tiba di sini, jemaah Islam itu berasa letih lagi dahaga. Imam itu meletakkan tongkat yang dihadiahkan oleh Nabi Muhammad kepadanya ketika beliau meninggalkan Mekah di tempat sumber mata air sekarang, lalu air jernih terbit. Selepas itu, beliau turut meletakkan tongkatnya ke tempat yang lain. Mata air melimpah di mana-mana tongkat itu diletakkan. Akhirnya dengan ajaibnya terbentuklah oasis.
Masjid yang sudah lama tidak dibaik pulih, ruang mimbar untuk imam berkhutbah yang bersejarah lama, setiap tapak peninggalan budaya dan sejarah muslim dalam taman ini menjadikannya mistik. Kononnya, melawat taman ini sebanyak tujuh kali, sama dengan menunaikan fardu haji ke Mekah. Oleh itu, taman ini juga menjadi Mekah kecil bagi umat Islam tempatan. Walaupun terdapat padang pasir di luar perkuburan ini, namun pemandangan alam di dalamnya amat indah. (editor: Kesuma)

No comments:

Post a Comment