Total Pageviews

Friday, June 3, 2011

Rahsia penjual kereta yang anda tidak tahu



Iklan- Apabila kami menyiarkan iklan kereta, kami akan meletakkan harga kereta paling murah. Gambar pula akan kami letakkan antara koleksi gambar tercantik. Bila anda telefon kami, barulah kami akan memberitahu kereta anda bahawa kereta itu tiada air bag, tingkap manual, tiada side skirt dan sebagainya. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan reaksi pertama anda. Dan kemudian akan lebih mudahlah kerja kami.


Trade in- Apabila anda cuba trade in kereta anda pasti anda akan bercakap keadaan kereta di jaga dengan elok, tiada kerosakan, pemilik seorang yang cermat dan sebagainya. Kami hanya mendengarkan sahaja leteran anda. Itupun disebabkan untuk menjaga hati anda. Kalau nk diikotkan kami bukan nk dengar sangat pun. Tapi disebabkan anda yang akan memberi kami wang kami ikutkan sahaja. Anda perlu ingat siapa sebenarnya jurujual. Anda atau kami??
Tawar menawar- Kami amat suka kalau anda tawar menawar dalam masa yang sama cuba trade in kereta anda. Ini amat-amat memudahkan kerja kami. Kami akan lebih fokuskan kebaikan kepada kereta yang anda hendak beli. Pasal soal harga trade in?? kami ikot jela berapa yang anda nak. Anda membebel lah sorang-sorang. Asalkan harga yang anda mintak jangan lebih daripada harga yang kami dah set dah la. Ikotkan jela. Klu anda tidak ada kemahiran tawar-menawar kami dapat untung lebih seket. Yang penting anda beli kereta baru.
Maklumat- Sebenarnya time kami berborak-borak dengan anda, kami akan jugak test-test anda dengan beberapa soalan tapi sebenarnya anda tidak akan perasan pun itu sebenarnya soalan. Kami bukannya apa, kami cuma nk tau je berapa banyak maklumat yang anda tahu pasal kereta. Senangla kami nk letak harga nanti. Kami lagi sukakan kalau banyak maklumat yang anda tidak tahu. Kami sudi menceritakan semuanya kepada anda. Upah untuk kami bercerita tu tak payah kire la, free of charge. Sebab kami memang gemar bercerita.
Layanan- Kalau anda tengok kat luar kami ni seorang pendiam, tidak banyak cakap, tetapi time jual kereta kami berubah tu anda faham2 la ye. Kami cari rezeki. Kalau boleh memang kami nk layan anda macam raja. Nk puji anda kalau boleh bia sampai balik pun tersengeh-sengeh teringat pujian yang kami berikan. Tapi kami puji sebenarnya bukan ikhlas sangat pun. Anda janganla perasan lebih sangat. Kami rela memberi layanan istimewa kepada anda asalkan anda beli kereta daripada kami ok.

1 comment:

  1. Make sure jangan sampai kena tipu masa beli kereta ok!!!!!

    ReplyDelete