Total Pageviews

Tuesday, June 14, 2011

Hilangkan Migrain Mengikut Rawatan Islam


Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache. Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja.


Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Rawatan pencegahan diberikan kepada pesakit yang mengalami tiga atau lebih insiden sakit kepala yang teruk pada setiap bulan. Contoh ubat-ubatan yang selalu digunakan untuk rawatan pencegahan ini adalah Pizotifen, Beta Blocker, Amitryptiline dan Sodium Valporate. Kesemua ubat ini mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Contohnya, Pizotien boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan Amitryptiline boleh menyebabkan sedasi iaitu kesan menenteramkan.

Oleh sebab itulah, WanitaSihat merasakan kaedah mengikut Islam yang mudah, ringkas, menjimatkan dan yang paling penting selamat. Petua mengubat Migrain ini disampaikan oleh Al Ustaz Dr. Haron Din.
Cara Rawatan Islam:
Caranya ialah dengan mengambil daun misai kucing (orthosiphon stamineus).Kemudian dimasukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Di minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.


Doa :
1)    Al-Fatihah
2)    Selawat Syifa’
“Allahumma sholli ‘alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa’aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa ‘alaa aalihi wassohbihi wabarik salam”
Maksud : “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya”
3)    “La yu shod da’una ‘anha walaa yunzifun”
Maksud : “Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk”
*Pesakit perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur.
*Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dgn tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.
Selain itu,ini antara petua lain untuk menghilangkan migrain yang anda boleh amalkan;
  1. Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention.
  2. Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.
  3. Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.
  4. Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.
  5. Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkin juga berkesan.
  6. Ketika anda sedang berbaring di atas katil, cuba turunkan kepala anda mencecah lantai. Dengan kata lain, letakkan kaki anda atas katil dan kepala mencecah lantai. Biarkan selama beberapa miniti. Rasionalnya, teknik ini adalah untuk menurunkan perjalanan darah ke kepala. Ini kerana salah satu punca migrain ialah kekurangan darah dan pada bahagian kepala.
Selamat mencuba! Semoga penyakit migrain anda dapat diubati, insyaAllah.

kredit : http://wanitasihat.com

No comments:

Post a Comment

Post a Comment