Total Pageviews

Saturday, June 4, 2011

Filem KL Gangster Temui Anda 9 Jun Ini!!!!!!


Sebuah lagi filem yang amat dinantikan oleh penonton tanah air, KL Gangster akan memenuhi semua pawagam pada 9 Jun ini. Filem terbitan Skop Production ini membariskan beberapa pelakon kaliber seperti Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra & Zizan Raja Lawak.
Sedikit sinopsis ringkas, KL Gangster mengisahkan seorang gangster yang dipenjarakan. Selepas keluar penjara, dia ingin membina hidup baru tetapi tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Sama ada kembali ke pangkal jalan mahupun terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya, semua akan jadi paparan filem KL Gangter.
Daripada trailer, kami agak teruja untuk menonton filem ini kerana ia memaparkan situasi sebenar perjalanan hitam seorang gangster. Stail tak stail, itu kita perlu tonton 9 Jun nanti. Jom!


No comments:

Post a Comment