Total Pageviews

Sunday, June 26, 2011

BUNCIT or BOROI.....khas untuk LELAKI!!!!



Kajian mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.
Lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.
Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.
Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik. Ini boleh menyebabkan penyakit koronari arteri.

PETUA TANGANI PERUT BUNCIT 

~ Minum air mineral / zam zam/ ecpi
Jika kepenuhan perut adalah disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangkan masalah tersebut dengan minum banyak air. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan pengeluaran air dari sistem perkumuhan. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan produk 'sampah'. Ketika anda sedang berdiet sekalipun, jangan ubah jumlah pengambilan air kerana ia akan menyebabkan banyak bahan sukar dicerna dan seterusnya menyebabkan perut buncit.

~ Makan dengan perlahan
Hindari makan terlalu cepat kerana jika anda menelan makanan dengan cepat, udara akan bertahan atau tersekat di dalam usus seterusnya membentuk gas yang dapat memicu penggelembungan perut. Amalkan makan dengan cara duduk dan kunyah makanan dengan perlahan. Makanan yang tidak dikunyah dengan betul akan menjadi bahagian-bahagian yang kecil yang tidak dapat dicerna dan menimbulkan banyak gas.
Sesi makan yang terlalu perlahan akan menyebabkan anda bosan keseorang serta di tinggal oleh rakan semeja..Ini mengakibatkan anda tidak bersemangat untuk makan perlahan..Jadi apakata anda tak makan terus..Habis cerita!

~ Mengurangkan pengambilan garam
Terlalu banyak garam dalam diet hanya akan menambahkan lagi sodium terhadap cairan tubuh yang seterusnya melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya, perut terasa penuh dan buncit. Malah penggunaan garam yang banyak belum tentu mampu me'masin'kan mulut anda..

~ Hindari sembelit
Sembelit didefinasikan sebagai membuang air besar sama ada tiga kali atau kurang dari jumlah itu dalam seminggu. Sebagai kesannya, perut akan membesar. Jadi untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

~ Olahraga
Olahraga akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk ke aliran darah dan keluar sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk keluar dalam bentuk pembuangan air kencing.

~ Teknik samar ...(kehkehkehkeh...)
Sandang beg yang agak-agak boleh menutup kelemahan di bahagian perut..Pakai baju yang agak labuh sedikit..(Kalau singkat, dikhuatiri akan terjongket atau terselak lantas menampakkan belly-belly anda). Pastikan tiada corak, imej atau tulisan yang eyes catching pada bahagian sensitif itu...Contoh "Lihat Perut Saya' Paling senang, pakai bekung or corset..Hehehehe

~ Teknik Gaya
Jalan secara membongkok, jangan mendabik perut..Kerana akan meningkatkan lagi risiko untuk anda jatuh terlentang...Jalan membongkok banyak faedahnya, antara anda cepat melihat duit tercicir, elak najis dan boleh belek cekam dikukukaki anda..hahahhahah!!!!




kredit : http://luvluv72.blogspot.com

1 comment:

  1. It's going to be ending of mine day, but before finish I am reading this wonderful article to increase my know-how.
    Also see my web page - free online casino games for fun

    ReplyDelete