Total Pageviews

Sunday, June 26, 2011

Aplikasi Untuk Bakal Pengantin.....KIRA BAJET KAWIN!!!!!



Kemunculan aplikasi ‘Senarai Semak’ dan ‘ChatRoom’, kini Setelkahwin dengan bangganya memperkenalkan satu lagi aplikasi ‘best’ untuk memudahkan you all merancang dan menguruskan majlis perkahwinan. Aplikasi yang dimaksudkan ini ialah aplikasi ‘Belanjawan & Pengesan Bayaran’.
Dengan menggunakan aplikasi tersebut, anda hanya perlu tambahkan item, masukkan tarikh bayaran serta amaunnya. Aplikasi ini secara automatik akan mengira jumlah keseluruhan dan juga akan memberi peringatan kepada anda tentang bilakah bayaran tersebut harus dibayar.
1
Secara ringkasnya, ia adalah suatu aplikasi belanjawan canggih yang membantu anda untuk menguruskan segala perbelanjaan anda dan juga berfungsi sebagai suatu peringatan bayaran apabila suatu item itu sudah sampai tempoh bayarannya. Peringatan ini akan dihantar terus ke emel anda.
7  sebab kenapa aplikasi ini ‘power’ dan dapat membantu anda semua:
  1. Mudah untuk anda menyusun belanjawan yang diperuntukkan semasa merancang majlis perkahwinan
  2. Anda dapat melihat jumlah keseluruhan bajet yang diperuntukkan untuk majlis perkahwinan anda
  3. Anda boleh memasukkan kos anggaran serta kos sebenar bagi sesuatu item
  4. Begitu mudah untuk anda menambah item-item baru atau kategori baru serta menghapuskan item-item yang tak berkenaan
  5. Melalui pengesan bayaran atau ‘Payment Tracker’, anda dapat ‘keep track’ tentang bayaran-bayaran yang belum dan perlu disetelkan
  6. Pengesan bayaran juga berfungsi sebagai suatu peringatan (‘reminder’) apabila sudah sampai tempohnya untuk anda membuat pembayaran bagi sesuatu item itu
  7. Anda juga dapat menggunakan fungsi cetak untuk mencetak senarai belanjawan anda dengan mudah sekali!
2
Sebenarnya team SetelKahwin telah berusaha dengan gigih sekali bagi membantu bakal-bakal pengantin dalam mengurus dan merancang majlis perkahwinan mereka. Sekarang ini, you all dah tak payah dah nak menyusahkan mak bapak anda semua jika anda ingin melangsungkan perkahwinan. Hanya gunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam Setelkahwin ini untuk memudahkan perancangan anda. Yang paling bestnya, Setelkahwin menawarkan segala-galanya secara PERCUMA!
Kami berikan hanya yang terbaik untuk ada semua, tolong support kami dengan meng’share kan berita ini dengan rakan2 anda yang nak kahwin…
Saksikan tutorial video kira bajet kawin di Blog http://setelkahwin.com utk memahami bagaimana memaksimakan penggunaan aplikasi belanjawan.........;)


kredit : http://setelkahwin.com

No comments:

Post a Comment