Total Pageviews

Sunday, June 12, 2011

5 mitos antara wanita dan wang.....




Wanita sebelum ini lebih sinonim dengan kehidupan di dapur, tetapi pada masa kini peratus wanita yang menjadi CEO, usahawan, presiden, pemilik syarikat semakin meningkat. Antara tahun 1997 hingga ke 2002, hasil kajian menunjukkan bahawa perniagaan yang dimiliki oleh wanita telah berkembang sebanyak 20% lebih cepat berbanding daripada perniagaan yang dimiliki oleh lelaki.
Wanita tidak boleh menceburkan diri di dalam dunia perniagaan- Mitos ini sering diucapkan terutamanya oleh lelaki yang terasa rendah diri atas kejayaan seseorang wanita. Tetapi hasil daripada kajian yang ditunjukkan sekitar tahun 2007-2010, perniagaan wanita berkembang pesat  sebanyak lebih daripada 25% berbanding perniagaan lelaki. Ini menunjukkan peningkatan terhadap usahawan wanita berbanding daripada tahun-tahun yang sebelumnya.
Wanita tidak mampu untuk melakukan simpanan dan pelaburan yang baik- Berdasarkan maklumat daripada syarikat pelaburan seperti vanguard, wanita lebih gemar untuk melakukan simpanan berbanding lelaki. Dijangkakan wanita menyimpan 10% lebih daripada lelaki.
Wanita lebih banyak berbelanja daripada lelaki- Percaya atau tidak, hasil daripada kajian menunjukkan bahawa orang yang paling banyak berbelanja adalah seorang lelaki bujang. Mereka dikatakan lebih banyak berbelanja terhadap gadget-gadget terkini dan juga terhadap pasangan wanita mereka.
Wanita terlalu emotional untuk menguruskan wang dengan efektif Hasil keputusan kajiselidik daripada PNC Bank, lelaki lebih banyak untuk melakukan pelaburan yang berisiko daripada wanita. Ini menunjukkan bahawa lelaki lebih mudah dipengaruhi oleh emosi untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih efektif.
Pandangan lelaki dan wanita terhadap wang adalah sama- Pastinya mitos ini adalah tidak tepat. Ini kerana perwatakan seorang lelaki dan wanita adalah berbeza. Wanita lebih memandang kewangan kepada kemudahan keluarga mereka, tetapi lelaki pada kebiasaannya lebih untuk berseronok.
Kredit : http://www.top5reason.com

No comments:

Post a Comment