Total Pageviews

Friday, June 3, 2011

5 jenis lelaki yang masih single...




Workaholic- Bagi lelaki yang menjadikan pekerjaan adalah keutamaan di dalam kehidupan, mereka pasti akan menganggap hubungan adalah halangan kerana perlu memperuntukkan masa atau tenaga terhadap pasangan. Berkemungkinan juga mereka telah menetapkan bahawa tujuan bekerja adalah untuk mereka sendiri. Selain daripada itu, ada sesetengah lelaki juga telah menetapkan beberapa matlamat yang hendak dicapai didalam kehidupan mereka. Soal hubungan, mereka akan ketepikan untuk sementara kerana ingin memberi seratus peratus fokus mengejar matlamat yang diimpikan. Ini yang membuatkan mereka untuk memilih kehidupan bersendirian buat sementara waktu.
Kaki party- Pada kebiasaannya, lelaki yang suka untuk berfoya-foya lebih gemar untuk single berbanding mempunyai hubungan. Ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada terikat dengan mana-mana wanita. Berkemungkinan juga mereka telah menetapkan satu peringkat umur untuk mereka menjalinkan hubungan yang betul-betul serius. Sebelum sampai ke peringkat umur yang telah ditetapkan, mereka lebih gembira untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebelum memberi komitmen terhadap perhubungan.
Lelaki yang pemalu- Seorang lelaki yang pemalu juga akan sukar untuk mendapat pasangan. Ini adalah kerana untuk mengenali seseorang wanita perlu dimulakan dengan perbualan. Sekiranya seseorang lelaki takut untuk berbual dengan wanita, agak mustahil untuk mereka mengenali wanita itu dengan lebih rapat. Lelaki seharusnya lebih yakin untuk berbual dengan wanita. Jika sikap malu ini terus membelenggu diri, pasti lelaki ini akan terus single. Anda perlu bijak untuk mengeluarkan diri daripada sifat malu ini. Sifat malu juga adalah penting untuk menilai adab atau tingkahlaku seseorang, tetapi ia haruslah bertempat dan sesuai dengan keadaan.
Terlalu memilih- Adakah keutamaan sesuatu hubungan itu untuk mencari kesempurnaan atau saling melengkapi kelemahan masing-masing? Ia terpulang terhadap individu untuk membuat pilihan. Tetapi perlu diingatkan, untuk mencari sesuatu kesempurnaan itu adalah agak mustahil. Lelaki yang telah menetapkan terlalu banyak kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang wanita sebelum menjadi pasangan mereka agak sukar untuk mendapat pasangan. Ini adalah kerana mereka sendiri telah meletakkan terlalu banyak halangan untuk seseorang menjadi pasangan mereka.
Selesa dengan kehidupan sendirian- Ada juga sesetengah lelaki yang sengaja tidak mahu untuk mencari pasangan. Ini adalah kerana mereka berasa selesa terhadap kehidupan yang mereka lalui sekarang. Mungkin juga mereka hendak menikmati kehidupan secara bersendirian dahulu sebelum mereka berkongsi hidup bersama pasangan. Pada kebiasaannya lelaki seperti ini bijak untuk memilih pasangan yang mereka rasakan sesuai untuk mereka kerana mereka tidak gelojoh dalam memilih pasangan.
kredit : www.top5reason












No comments:

Post a Comment