Total Pageviews

Friday, June 3, 2011

3 cara paling cepat untuk kurangkan stress




Tutup mata anda- Ambil beberapa saat untuk pejamkan mata anda sebentar. Bayangkan diri anda sedang berada di suatu tempat yang boleh memberikan ketenangan seperti di pantai, di dalam hutan atau sebagainya. Ataupun cuba bayangkan wajah-wajah kesayangan anda. Dengan membayangkan perkara-perkara indah dapat membantu untuk memberikan keyakinan dan kekuatan untuk menghadapi tekanan yang sedang dihadapi.
Tarik nafas dalam-dalam- Ini juga merupakan cara mudah untuk merehatkan tubuh anda sebentar dan memberikan ketenangan. Tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan secara perlahan perlahan-lahan melalui mulut. Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali. Anda pasti akan merasakan lebih tenang daripada sebelumnya.
Rehatkan otot anda- Sekiranya anda terlalu fokus ketika melakukan sesuatu kerja, otot anda secara perlahan-lahan akan menegang dan ini akan membuatkan anda merasakan tekanan. Sekiranya ini terjadi, anda perlu mengambil masa untuk merehatkan otot-otot anda sebentar. Sebagai contoh, sekiranya anda sudah terlalu lama duduk di atas kerusi ketika melakukan kerja, ambil masa untuk berjalan-jalan sebentar di kawasan sekeliling anda.




No comments:

Post a Comment