Total Pageviews

Saturday, April 30, 2011

Zodiak Dan Pekerjaan....


Pekerja Aries

- Tidak suka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa.
- Gaji bukan penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya.
- Yang penting kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi meningkatkan keupayaan diri.
- Sukakan pekerjaan yang mencabar keupayaan.
 Pekerja Taurus
- Pekerja yang baik, sangat setia, kuat kerja dan tidaak suka kipas-mengipas.
- Bekerja mengikut peraturan dan sedaya upaya menyelesaikan tugas.
- Sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yang terbaik.
 Pekerja Gemini
- Gemar berkongsi idea dengan teman setugas.
- Tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama.
- Suka mengambil tahu soal orang lain.
- Mood dan produktiviti mereka sering berubah dan saling berkaitan.
- Sesuai dengan pekerjaan yang menjelajah banyak tempat.
 Pekerja Cancer
- Pekerjaan adalah untuk mendapatkn wang, penting untuk menjamin kehidupan yang selesa.
- Boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan.
- Tidak berlumba untuk mendapatkn kuasa.
- Persekitaran kerja mempengaruhi mereka.
 Pekerja Leo
- Ingin diri menjadi perhatian utama dan orang penting di tempat kerja.
- Mencari jalan meningkatkan status di mata teman sepejabat.
- Tidak suka menerima komen.
- Gemar memberi nasihat.
 Pekerja Virgo
- Jika kena gayanya, mampu bekerja dengan rajin.
- Kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja.
- Mudah mengkritik sesuatu yang silap pada pandangan mereka.
- Sanggup melakukan kajian sebelum sesuatu tugas bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan yang diperlukan.
 Pekerja Libra
- Ramai teman sekerja beranggapan mereka terlalu sensitif dan sukar bekerjasama.
- Keupayaan berubah-ubah.
- Mampu bekerja cemerlang dan hari yang lain bersikap sebaliknya.
- Jangan cuba memerintah mereka lebih-lebih.
 Pekerja Scorpio
- Mampu berdikari.
- Tidak campur adukkan soal kerja dan peribadi.
- Tidak takut menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tidak kena.
- Melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka.
 Pekerja Sagitarius
- Berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu.
- Tugas yang diserahkan pasti dilakukan sebaik mungkin.
- Pantang diperlekehkan.
 Pekerja Aquarius
- Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka.
- Asyik ingin lakukan yang terbaik.
-  Gembira jika diberi peluang untuk meluaskan pengetahuan dan skill kerja.
 Pekerja Capricorn
- Gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang kerja.
- Sentiasa cuba meningkatkan daya usaha mereka.
- Mereka bukanlah seorang yang suka memaksa.
- Apabila mengenalpasti matlamat, pasti akan berusaha mencapai segala yang diimpikan.
- Jika dirasakan kerja yg dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang diberikan harus berbaloi.
 Pekerja Pisces
- Pekerja yang taat dan kerja kuat.
- Sekiranya ada yang tidak kena, pasti merekalah yang mula-mula.

No comments:

Post a Comment